Dividen LTAT lambat umum sebab masalah pentadbiran terdahulu – Mat Sabu.

LANGKAWI, 30 Mac – Pengumuman dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) masih belum dibuat kerana terdapat masalah pentadbiran berpunca daripada kerajaan BN sebelum ini, kata Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Beliau berkata ia lambat diumumkan dengan memberikan alasan terdapat banyak akaun yang tidak menunjukkan kedudukan sebenar oleh pemerintahan kerajaan terdahulu, lapor Bernama.

“Jadi kami perlu membuat semakan terlebih dahulu. Selain itu, kementerian saya juga antara kementerian yang disiasat di bawah Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Ambrin Buang ,” – Mat Sabu

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini hari ini.

Mohamad berkata ia mengambil masa kerana banyak perkara yang ditegur audit secara serius tentang keuntungan yang sebenarnya mempunyai masalah.

Baru-baru ini, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan isu kelewatan dividen dan bonus LTAT serta Lembaga Tabung Haji menerusi laman Facebook miliknya.
-Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.