“UEC kini setaraf STPM dan A Level untuk CLP. Terima kasih AG” – Teo Nie Ching

Kuala Lumpur, 30 Mac: Timbalan menteri pendidikan, Teo Nie Ching menaikkan hantaran di laman facebooknya menyatakan kegembiraan berhubung Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)  kini adalah setaraf dengan STPM dan A Level untuk menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman CLP.

“Good news for UEC students 😉 UEC is now equivalent to STPM and A Level for CLP examination purpose”  – Teo Nie Ching

Ahli parlimen DAP Kulai itu turut mengucapkan terima kasih kepada  peguam negara, Tommy Thomas selaku Pengerusi Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia yang mengumumkan perkara tersebut.

TErdahulu, pengerusi Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia, Tommy Thomas berkata, dalam mesyuarat pada 8 Mac lalu, badan itu sebulat suara memutuskan bahawa mulai 1 Jan 2021, syarat menduduki PSAG bagi pemegang sijil kelayakan UEC ialah lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran pada tahap Senior Middle 3 dan memperoleh sekurang-kurangnya 5 kepujian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ O-Levels/setaraf yang diperoleh dalam 1 peperiksaan yang sama, lapor Bernama. 

Syarat ini hendaklah terpakai bagi semua pelajar yang mendaftar bagi kemasukan program Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang selepas pengumuman keputusan terdahulu pada 5 Jun 2018, katanya dalam kenyataan semalam.

“Bagi mengelak apa-apa kekeliruan, adalah perlu ditekankan bahawa 1 Jan 2021, semua pelajar sama ada pemegang sijil UEC atau kelayakan lain yang diiktiraf, yang ingin menduduki peperiksaan CLP hendaklah memenuhi syarat 5 kepujian di peringkat SPM/O-Levels/ setaraf, dan kelulusan yang berkenaan di peringkat STPM/ UEC/A-Levels/setaraf yang diperolehi dalam 1 peperiksaan yang sama.”- Tommy Thomas

Menurut kenyataan itu, semua syarat lain adalah kekal terpakai sebagaimana dinyatakan

“Garis Panduan Baharu Kelayakan dan Syarat Untuk Layak Menduduki Peperiksaan CLP (Ijazah Undang-Undang dari United Kingdom) dan Garis Panduan Kelayakan dan Syarat Pengiktirafan Pemegang ijazah Undang-Undang dari Australia dan New Zealand Untuk Layak Mengikut Akta Profesion Undang-Undang 1976.” – Tommy Thomas

Pada masa ini, syarat kelayakan bagi pemegang sijil kelayakan UEC untuk menduduki CLP adalah memperoleh sekurang-kurangnya 3 kepujian di peringkat SPM/O-Levels yang diperoleh dalam satu peperiksaan yang sama; atau kelayakan UEC dan lulus penuh sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran di peringkat STPM /A-Levels yang diperoleh dalam satu peperiksaan sama.

Thomas berkata, sebagai respons terhadap representasi daripada pelbagai pihak, lembaga kelayakan itu telah membuat kajian semula, termasuk mendapatkan maklumat daripada beberapa universiti di United Kingdom mengenai penerimaan sijil kelayakan UEC sebagai syarat kelayakan untuk kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang [LLB (Hons)].

Badan itu turut mendapatkan penjelasan daripada Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) berhubung tahap kelayakan UEC yang boleh diterima sebagai syarat kemasukan bagi mengikuti program ijazah di universiti.

Turut diambil kira ialah kesan pengumuman keputusan terdahulu terhadap pemegang sijil kelayakan UEC yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang semasa pengumuman tersebut dibuat pada 5 Jun 2018.

“Hasil daripada itu, lembaga kini berpuas hati bahawa kelayakan UESC pada tahap Senior Middle 3 boleh diterima sebagai memenuhi syarat kelayakan di peringkat STPM bagi tujuan menduduki CLP,”  – Tommy Thomas

Timb menteri mahu pengiktirafan UEC selesai secepat mungkin.

Pada Julai 2018, Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching mahu isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) selesai sebelum 2018, menurut laporan Malaysiakini. 

“Saya harap dapat selesaikan tugas ini sebelum hujung tahun, ini matlamat saya.

“Mungkin perlu makan masa untuk bina sebuah sekolah, tapi ini (pengiktirafan UEC) boleh dibuat secepat mungkin. Saya tak suka buat kerja secara cincai,” – Teo Nie Ching 

Sebaliknya, katanya lagi, kementerian pendidikan perlu menentukan mekanisme pengiktirafan UEC, kemudian menteri pendidikan boleh membawanya ke kabinet. – Buletin TTKM-

Sumbangan kepada Buletin TTKM. 
Portal Buletin TTKM diwujudkan selepas PRU14 untuk memberikan laporan yang lebih adil, bebas dan kritikal. Bantu kami untuk terus melaporkan dan beroperasi dengan dengan melakukan sumbangan ikhlas ke akaun berikut:
No akaun : 8603355994 (Bank : CIMB Bank)



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version