KUALA LUMPUR 31 Mac – Kilang memproses nadir bumi, Lynas Corporation Ltd. (Lynas) akan diteruskan sebagai salah satu usaha kerajaan untuk menarik pelabur asing melabur di negara ini, lapor Utusan Malaysia.
“Kita nak beritahu kepada pelabur-pelabur kita tidak akan tutup kilang Lynas. Itu keputusan kerajaan untuk menarik lagi pelabur asing atau dalam negara untuk berkecimpung dalam pembuatan produk-produk seperti di Lynas.
“Itu penting. Ini akan beri satu signal yang jelas kepada pelabur-pelabur asing untuk datang ke sini dan saya mahu menyeru kepada pelabur asing supaya jangan gusar jangan khuatir kerana Malaysia baharu ini adalah satu kerajaan yang mempromosikan suasana perniagaan yang mesra,” – Redzuan
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Pembangunan Usahawan Penggiat Seni di Ibu Pejabat Utusan Malaysia di sini semalam.
Pada 2012, satu himpunan anti Lynas; Himpunan Hijau 2.0 diadakan di Kuantan menarik 20 000 penunjuk perasaan.
Ketika itu Anwar Ibrahim berjanji pakatan akan membatalkan projek Lynas sekiranya mereka mengambil alih Putrajaya. – Buletin TTKM-