
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, berkata pemilihan Mukhriz dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Katanya, pihaknya meneliti pelbagai aspek memandangkan MADA adalah satu agensi yang sangat penting bagi pembangunan padi dan beras negara.
“Atas faktor itu juga, kami membuat penilaian dan keputusan yang saya rasa sangat penting bagi memastikan semuanya berjalan lancar, maka pemilihan Mukhriz amat bertepatan kerana beliau adalah Menteri Besar Kedah.
“Itulah justifikasi yang saya rasa penting untuk Mukhriz memimpin MADA. Malah, hubungan Kerajaan Pusat dan Kedah lebih rapat, sekali gus mengurangkan kerenah birokrasi dan kerja menjadi pantas untuk kita salur bantuan,” – Salahuddin Ayub.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas lawatan kerja sehari Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Kedah yang ditemani bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainudin.
Menurut portal pengisytiharan harta SPRM, Mukhriz yang juga merupakan ahli parlimen Jerlun itu menduduki tempat teratas pendapatan bulanan paling tinggi wakil rakyat kerajaan iaitu berjumlah RM 105,641.76 sebulan. -Buletin TTKM-
Leave a Reply