Skip to content

Iktiraf UEC: Rais bantah Tommy.

KUALA LUMPUR 1 April -Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, Dr Rais Yatim membidas tindakan Peguam Negara, Tommy Thomas yang mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai syarat menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP), lapor Malaysiakini.

Katanya, keputusan itu dibuat ‘secara unilateral’ tanpa menunggu perbincangan kementerian pendidikan dan merujuk kepada kabinet.

Tambah beliau, Tommy sepatutnya memberi sedikit masa lagi kepada kerajaan untuk membuat pengumuman rasmi mengenai UEC sebelum keputusan terbaik dicapai.

“Dakwaan Peguam Negara terjebak dalam politik partisan menjadi lebih kuat bila Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching mengumumkan bagi pihaknya pengiktirafan ke atas UEC dalam bidang undang-undang.

“Anda kini membuatkan kita mempunyai dua saluran rasmi pendidikan. Dalam undang-undang anda iktiraf UEC, dalam sistem vernakular keputusan belum dibuat,”

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dimuat naik di akaun facebooknya.

Tambah Rais lagi, adalah lebih baik sekiranya Tommy mengeluarkan kenyataan tentang perkara itu dan tidak membenarkan Teo Nie Ching yang juga ahli parlimen DAP Kulai untuk mengeksploitasi kedudukan Tommy.

“Pada masa ini, tidak terlalu kondusif bagi Peguam Negara untuk terpalit dalam kontroversi seperti ini.

“Tunggu kementerian yang berkenaan untuk menyelesaikan perbincangannya. Kemudian buat keputusan selepas berunding dengan Kabinet,” 

Berikut merupakan kenyataan bantahan penuh Rais Yatim:

“The crowd saying you are playing into partisan politics is becoming louder when Tim Menteri Pendidikan YB Teo announces on your behalf that AGC is giving prompt recognition for UEC in the legal education sphere.

What the larger interest group wants is for AGC to do its homework first. You are now making two official educational streams. In the law education you recognise UEC. In the vernacular system the decision is not yet made.

I think you should have waited a bit longer so that as a govt we make the proper choice. It would  be good if you issue a statement on this and not allow Teo to exploit your position.

Once it becomes a vivid political issue, you may find the cauldron too hot to stay in. Why must Teo do it without your own resounding?

At this time it’s not too conducive for the country’s AG to be subsumed in this sort of controversy.

Wait for the relevant ministry to complete its deliberation. Then make the decision after consulting the Cabinet. ” – Rais Yatim

Laporan Bernama hari ini memetik Teo sebagai berkata lulusan UEC yang ingin menduduki peperiksaan CLP perlu lulus dengan kepujian dalam lima subjek wajib termasuk bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Bagaimanapun beliau berkata, beliau tidak mengetahui empat lagi subjek yang lain memandangkan ia diputuskan oleh Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia (LPQB).

Jumaat lalu, Tommy yang juga adalah pengerusi LPQB mengeluarkan kenyataan bahawa kelayakan UEC pada tahap Senior Middle 3 boleh diterima sebagai memenuhi syarat kelayakan di peringkat STPM dan A-Levels bagi tujuan menduduki peperiksaan CLP.

Menurut Tommy mulai 1 Jan 2021, syarat menduduki CLP bagi pemegang sijil UEC ialah lulus sekurang-kurangnya dua mata pelajaran pada peringkat Senior Middle 3 dan memperoleh sekurang-kurangnya lima kepujian di peringkat SPM / 0-Levels / setaraf yang diperoleh dalam satu peperiksaan yang sama.

Kenyataan itu disambut dengan gembira oleh Teo Nie Ching sambil mengucapkan terima kasih kepada peguam negara.

Sementara itu, pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bagi tujuan menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) bukan dilakukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

CLP bukan di bawah KPM, CLP adalah di bawah undang-undang. Anda tidak boleh menyuruh saya bercakap bagi pihak Peguam Negara,” – Dr Maszlee Malik

UEC merupakan sijil yang dikeluarkan Sistem Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia dan silibusnya tidak mengikut sistem pendidikan kebangsaan. Pengiktirafan UEC adalah antara janji dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas.

Timb menteri mahu pengiktirafan UEC selesai secepat mungkin.

Pada Julai 2018, Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching mahu isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) selesai sebelum 2018, menurut laporan Malaysiakini. 

“Saya harap dapat selesaikan tugas ini sebelum hujung tahun, ini matlamat saya.

“Mungkin perlu makan masa untuk bina sebuah sekolah, tapi ini (pengiktirafan UEC) boleh dibuat secepat mungkin. Saya tak suka buat kerja secara cincai,” – Teo Nie Ching 

Sebaliknya, katanya lagi, kementerian pendidikan perlu menentukan mekanisme pengiktirafan UEC, kemudian menteri pendidikan boleh membawanya ke kabinet. – Buletin TTKM-

Sumbangan kepada Buletin TTKM. 
Portal Buletin TTKM diwujudkan selepas PRU14 untuk memberikan laporan yang lebih adil, bebas dan kritikal. Bantu kami untuk terus melaporkan dan beroperasi dengan dengan melakukan sumbangan ikhlas ke akaun berikut:
No akaun : 8603355994 (Bank : CIMB Bank)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Privacy Policy Designed using Magazine News Byte. Powered by

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: