Skip to content

Lynas: MP Kuantan kena troll dengan netizen

Kuantan, 1 April: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh ditroll netizen apabila mereka menggunakan apa yang dinamakan ‘terowong masa’ dengan membangkitkan semula isu status di facebook beliau mengenai kempen Hentikan Lynas pada tahun 2013.

Pada status itu, Fuziah dilihat bersama dengan seorang kanak-kanak dengan caption:

“[Admin] Kanak-kanak ini beritahu bahawa dia akan menangis dan bersedih jika kilang Lynas tidak ditutup segera. “Stop Lynas!

Berikut merupakan beberapa komen terpilih netizen:

Aziz Zainal Lama sungguh kanak kanak ni menangis…tak kering airmata dia.

Abdhakim Mohd Yasak Hai saya Dari masa depan.. saya dah Jadi mutain dah ni.. hijau satu badan ni.. wakakakak 🤣🤣🤣

Edwin Michael Budak ni pun korang kencing jugak ye..sadis…

Hairul Anuar Budak tu dah berhenti menangis belum Puziah?

Izaharuddin Mohd Yusop Adakah budk ini sudah menjadi mutant??

Fazreel Mohd Yusof Budak tu nangis lg ke? Aku risau buta kang mcm kasim selamat. Dah bertahun weh dia nangis.

Dek Dang Bila nk tutup… Budak tu dh x nangis ker….
Oiiiiiiii… Oikkki

HaryRay Zahary Tak malu ker dengan kanak kanak tu? 2013 tu. sekarang dah 2019 wehhh.

Naimuddin Lazim Kesian budak tu..terpaksa terus menangis..dah la menangis, kena kencing lagi kot atas..bertabah lah adik..politik ni memang tahi..dengar boleh dik..percaya perlahan sikit

Hamizah Irmarina Hamdan Da tutup ke belum lynas. Mesti adik ni menyesal sbb menangis haritu, rupanya lynas di sambung balik

Rafee Haha. Kelakar la yb, sepatut dah jd gomen, fight la. Takkan time jd p’bangkang je boleh komen lebih? Kemon, be a good politician, bkn sembang lebih. Haha

Kelmarin, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof  berkata kilang memproses nadir bumi, Lynas Corporation Ltd. (Lynas) akan diteruskan sebagai salah satu usaha kerajaan untuk menarik pelabur asing melabur di negara ini,

Tambahnya lagi, ia bagi memastikan pelabur asing melihat Malaysia sebagai satu negara yang mempunyai persekitaran perniagaan yang mesra.

“Kita nak beritahu kepada pelabur-pelabur kita tidak akan tutup kilang Lynas. Itu keputusan kerajaan untuk menarik lagi pelabur asing atau dalam negara untuk berkecimpung dalam pembuatan produk-produk seperti di Lynas.

“Itu penting. Ini akan beri satu signal yang jelas kepada pelabur-pelabur asing untuk datang ke sini dan saya mahu menyeru kepada pelabur asing supaya jangan gusar jangan khuatir kerana Malaysia baharu ini adalah satu kerajaan yang mempromosikan suasana perniagaan yang mesra,” – Redzuan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Pembangunan Usahawan Penggiat Seni di Ibu Pejabat Utusan Malaysia di sini semalam.

Pada 2012, satu himpunan anti Lynas; Himpunan Hijau 2.0 diadakan di Kuantan menarik 20 000 penunjuk perasaan yang turut dianjurkan bersama oleh Fuziah Salleh.

Ketika itu, Anwar Ibrahim berjanji pakatan akan membatalkan projek Lynas sekiranya mereka mengambil alih Putrajaya. – Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Privacy Policy Designed using Magazine News Byte. Powered by

RSS
Follow by Email

Discover more from Buletin TTKM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading