Penyampai berita sebak: umum 24 staff TV3 tamat tugas termasuk dirinya.

Seri Pentas, 1 April: 24 staff unit berita TV3 menamatkan tugas mereka semalam termasuk penyampai berita Buletin Utama, Azewati Zenol Abidin. Perkara ini diumumkan oleh penyampai, Mior Abdul Malek Raiyani ketika slot akhir Buletin Utama semalam.

Azewati Zenol Abidin yang berkhidmat selama 16 tahun di stesen telivisyen swasta itu kelihatan  sebak ketika menyampaikan kata-kata terakhir.

“Di kesempatan ini, saya mengucapkan terima kasih kepada semua penonton Buletin Utama atas sokongan selama saya bersiaran. Dengan kerendahan hati, saya memohon maaf jika ada sebarang kesilapan sepanjang khidmat saya di kaca TV anda” – Azewati Zenol Abidin

Selain Azewati, penerbit eksekutif Buletin Utama termasuk 23 orang lagi turut menamatkan tugas mereka semalam.

“Dan selain Aza, penerbit eksekutif kami, Norzati Arish juga menamatkan tugas.. beliau bersama 23 orang lagi kakitangan lain termasuk editorial, sokongan dan penerbitan yang rata-ratanya menabur jasa setelah lebih dua dekad menabur jasa dengan TV3, tamat pada hari ini. Mewakili seluruh tenaga produksi malam ini, saya Mior Abdul Malek Reyani mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka semua” – Mior Abdul Malek

kek.jpg

Ketika itu beberapa kakitangan TV3 muncul di atas pentas dengan membawa sebiji kek. Azewati kemudian tidak dapat menyembunyikan kesedihannya ketika memotong kek tersebut.

Video tersebut tular di media sosial yang setakat ini mendapat 4, 000 perkonsian dan 522, 000 paparan:

Pada Januari lepas, The Malaysian Reserve melaporkan Media Prima Bhd telah menawarkan mutual separation scheme (MSS) kepada pekerja anak syarikatnya di Sistem Telivisyen Malaysia Bhd  (STMB) untuk merasionalisasikan tenaga kerjanya berdasarkan keperluan terkini.

Tambah laporan itu, pada November 2018, STMB telah memberhentikan 190 pekerja dari operasi sokongan teknikal dan jabatan perkhidmatan kreatif, dengan memberikan notis tiga bulan.

Ia juga menawarkan MSS kepada 43 pekerjanya, 24 dari itu adalah dari unit berita dan isu terkini, manakala 19 dari jabatan perkhidmatan pengurusan.

Pada Januari 2018, Pemuda Pakatan Harapan (PH) berikrar mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan buat anak muda dan menetapkan gaji minimum RM2,500 jika gabungan pembangkang itu berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).- Buletin TTKM-

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.