Dakwaan rasuah jam mewah: Salahudin sahkan setpol beliau ditahan SPRM

PUTRAJAYA 24 MEI 2018. Temubual Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayob di pejabatnya di Putrajaya. NSTP/ SAIRIEN NAFIS

Putrajaya, 1 April : Menteri Pertanian dan industri asas tani, Dato Salahuddin Ayub sebentar tadi mengesahkan bahawa setiausaha politik beliau ditahan oleh pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dilihat Buletin TTKM.

Saya telah dimaklumkan setiausaha politik saya telah ditahan pada hari ini oleh pihak SPRM untuk siasatan.

Ingin saya tegaskan bahawa saya tidak akan campur tangan dalam siasatan pihak SPRM dan saya akan membiarkan undang-undang mengambil tempatnya.”  – Salahuddin Ayub

Tambah Salahuddin lagi, semua rakyat Malaysia adalah tertakluk kepada undang-undang dan yakin siasatan oleh SPRM akan dijalankan dengan adil dan bebas.

“Beliau juga seperti rakyat Malaysia yang lain yang tertakluk kepada undang-undang.Saya berpegang teguh kepada prinsip keluhuran undang-undang dan saya yakin dan percaya pihak SPRM akan menyiasat kes ini dengan adil dan bebas.” – Salahuddin Ayub

 

Terdahulu, The Star melaporkan seorang setiausaha politik menteri kabinet telah ditahan kerana disyaki menerima rasuah dalam bentuk jam mewah yang didakwa bernilai RM 28, 000 yang diberikan oleh pemaju.

Beliau ditahan di pejabat SPRM pada jam 5 petang pada Isnin 1 April.

Timbalan Komisioner SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan penahanan tersebut.

Tambahnya, setiausaha politik itu akan dibawa ke mahkamah majistret Putrajaya esok untuk mendapatkan tahanan reman. – Buletin TTKM-

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.