June 17, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Shafie isytihar harta kepada SPRM: Aset RM6.6 juta, pendapatan RM86k sebulan.

Putrajaya, 1 April: Ketua menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin  Apdal akhirnya mengisytiharkan harta beliau kepada SPRM.

Menurut portal pengisytiharan harta SPRM, presiden Warisan itu berbuat demikian pada 12 Mac lepas.

Beliau yang juga ahli parlimen Semporna itu mengisytiharkan pendapatan bulanan sebanyak RM 86,670.05, sekaligus menempatkan beliau ke tangga ke empat ahli parlimen kerajaan yang berpendapatan bulanan paling tinggi, di belakang menteri besar Perak, Dato Seri Ahmad Faizal Azumu.

Berikut merupakan senarai top 10 pendapatan bulanan tertinggi ahli parlimen kerajaan:

shafie.JPG
Grafik SPRM

Pendapatan bulanan paling tinggi setakat ini masih lagi dijuarai oleh anak perdana menteri, Dato Seri Mukhriz dengan jumlah RM105,641.76.

Manakala aset Shafie pula adalah berjumlah RM 6,638,000.00 dan ini menempatkan beliau di tangga 23 ahli parlimen kerajaan yang mempunyai aset paling banyak.

Setakat ini, seramai 123 ahli parlimen kerajaan telah mengisytiharkan harta mereka kepada SPRM, manakala baki 6 lagi masih belum berbuat demikian.

harta.jpg
Grafik SPRM

Buletin TTKM sebelum ini telah menerbitkan dua laporan berkenaan senarai penuh pendapatan dan aset-aset ahli parlimen PH dan tular di media sosial.

Boleh baca di sini :

 

 

 

 

 

 

 

Pada PRU 14 lepas, Pakatan Harapan melalui janji nombor 14 manifesto pilihanrayanya menyatakan bahawa  “Semua Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara, dan pegawai kerajaan berpangkat JUSA Cke atas akan diwajibkan membuat pengisytiharan aset dan pendapatan.”

– Buletin TTKM-

 

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: