GEORGE TOWN, 1 April: ‘Puting beliung’ gergasi dilihat berhampiran flat kos rendah UDA berdekatan Tanjong Tokong di Pulau Pinang tengah hari tadi umpama tornado dalam filem Hollywood.
Gambar dan video fenomena tersebut yang muncul dari awan ribut gelap menjadi tular di media sosial turut menerbangkan beberapa atap zink di kawasan pembinaan berdekatan.
Fenomena tersebut yang dikenali sebagai belalai air (water spout) kebiasaannya berkelajuan kurang dari 30m/s dan 10 kali kurang ganas berbanding puting beliung.
-Buletin TTKM-