Kuala Lumpur, 2 April : Ahli Majlis tertinggi UMNO, DAto Lokman Adam mahu menyaman aktivis grafik, Fahmi Reza kerana melukis karikatur beliau bertajuk “Lobak Koyak” yang tular di media sosial.
Beliau berkata demikian dalam satu video yang dimuat naik ke akaun beliau di laman youtube.
“Bukan semua benda yang kamu buat itu berbentuk jenaka ya dan kamu boleh lepas dari undang-undang. Saya nak beritahu, saya akan saman Fahmi Reza dan saya ucapkan jutaan terima kasih dalam keadaan sekarang ini kami ditekan” – Lokman Adam.
Tambah Lokman yang kini tiada sumber pendapatan setelah dibuang kerja dari kementerian kewangan sejak perubahan kerajaan Mei lepas, beliau berterima kasih kepada Fahmi Reza kerana berpeluang memperoleh pendapatan dengan menyaman artis grafik tersebut.
“Saya pun sudah dibuang dari kementerian kewangan dan tiada sumber pendapatan dan saya ucap terima kasih kerana hari ini saya nampak dah ada dah sumber pendapatan. Saya akan dapatkan wang dari poket kamu, dan saya tahu anda akan di’backup’ oleh DAP, dan saya akan dapatkan wang dari orang DAP” – Lokman Adam.
Pada minggu lepas, Lokman mengoyakkan plakad karikatur badut yang berupa seperti Najib Razak. Plakad itu dibawa oleh sekumpulan pelajar Universiti Malaya yang menunjuk perasaan membantah kehadiran bekas perdana menteri tersebut di restoran berdekatan universiti tersebut.
Lokman mula ditroll sebagai ‘lobak’ di media sosial setelah Khairy Jamaludin membidas beliau mempunyai “IQ of a carrot” tahun lalu. – Buletin TTKM –
You better pray I don’t become President of UMNO. First thing I’ll do is sack you for having the IQ of a carrot.
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) November 4, 2018