Putrajaya , 2 April : “Singapura kurangkan harga ya? Jadi beli di Singapura!” kata perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila diminta mengulas soalan yang menyebut bahawa kerajaan Singapura telah menurunkan harga gas susulan penurunan harga dunia bagi gas asli cecair (LNG), menurut laporan Malaysiakini.
Selanjutnya beliau membayangkan rakyat Singapura ada membeli makanan di Johor, maka perkara yang sama boleh dilakukan oleh rakyat Malaysia sekiranya mahu membeli gas yang murah di Singapura.
“Kami sediakan makanan di Johor, mereka ( rakyat Singapura) datang dan makan, jadi anda boleh pergi dan beli gas di sana (Singapura). Dan anda tahu berapakah harganya.” – Tun Dr Mahathir Mohamad
Beliau selanjutnya menolak keperluan untuk mengurangkan harga bekalan gas seperti yang dilakukan oleh Singapura.
Katanya, Malaysia sudah pun menjual harga gas pada harga subsidi.
“Kita sudah menjual pada harga subsidi. Ini (harga) sangat baik dan (subsidi) lebih daripada apa yang diberikan oleh negara-negara penghasil minyak besar.
“Apa lagi yang kamu mahukan?” – Tun Dr Mahathir Mohamad
Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar di Putrajaya hari ini.
Sebelum ini adalah dilaporkan bahawa harga LNG di negara-negara Asia menurun ke paras tiga tahun paling rendah.
Ini adalah yang terendah sejak 15 April 2016, yang ketika itu pada harga AS$4. – Buletin TTKM –
Sumbangan kepada Buletin TTKM.
Portal Buletin TTKM diwujudkan selepas PRU14 untuk memberikan laporan yang lebih adil, bebas dan kritikal. Bantu kami untuk terus melaporkan dan beroperasi dengan dengan melakukan sumbangan ikhlas ke akaun berikut:
No akaun : 8603355994 (Bank : CIMB Bank)
Video kredit The Star:
1 Comment