12 lawan 11. Kenali siapa Pendakwa dan Pembela kes Najib.

Kuala Lumpur, 3 April : Pendengaran jenayah terhadap bekas perdana menteri Najib Abdul Razak dalam kes berkaitan SRC International Sdn Bhd bermula sebentar tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 2 petang.

Najib berdepan perbicaraan untuk tiga pertuduhan pecah amanah jenayah dan satu pertuduhan salah guna kuasa berkaitan dana RM42 juta SRC.

SRC ialah bekas anak syarikat syarikat pelaburan negara sarat hutang 1MDB.

Ahli politik 65 tahun itu sebelum itu turut menjadi menteri kewangan dan penasihat emeritus SRC.

Beliau turut berdepan tiga pertuduhan pengubahan wang haram lebih RM42 kita.

Kes tersebut dibicarakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Ringkasan kes Najib berhubung dana SRC RM42 juta

Najib Razak berdepan 7 tuduhan berkaitan dana RM42 juta melibatkan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB

  • 1 tuduhan salah guna kuasa
    • Najib dituduh menerima RM42 juta sebagai balasan terhadap jaminan kerajaan kepada pinjaman SRC daripada KWAP
    • Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009
    • Hukuman: Penjara maksimum 20 tahun dan denda 5 kali ganda nilai rasuah, atau RM10,000 tertakluk mana yang lebih tinggi
  • 3 tuduhan pecah amanah
    • Tuduhan Pertama: Melibatkan RM27 juta
    • Tuduhan Kedua: Melibatkan RM5 juta
    • Tuduhan Ketiga: Melibatkan RM10 juta
    • Section 409 of the Penal Code
    • Hukuman: Penjara antara 2-20 tahun dan/atau denda
  • 3 tuduhan pengubahan wang haram
    • Memasukkan RM42 juta ke akaun bank peribadi
    • Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001
    • Hukuman: Penjara sehingga 15 tahun dan denda RM5 juta sehingga lima kali ganda bagi setiap pertuduhan

Barisan Pendakwa

Pihak pendakwaan kesemuanya berjumlah 12 orang dan diketuai oleh peguam negara, Tommy Thomas.

Tommy Thomas

1. Peguam-Negara Tommy Thomas
2. Datuk Sulaiman Abdullah
3. Datuk V. Sithambaram
4. Manoj Kurup
5. Datuk Ishak Mohd Yusoff
6. Donald Joseph Franklin
7. Datuk Suhaimi Ibrahim
8. Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi
9. Sulaiman Kho Kheng Fuei
10. Budiman Lutfi Mohamed
11. Mohd Ashrof Adrin Kamarul
12. Muhammad Izzat Fauzan
Barisan Pembela.

Manakala pihak pembela kesemunya berjumlah 11 orang dan diketuai oleh peguam jenayah terkemuka Muhammad Shafee Abdullah.

 

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah

 

1. Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah
2. Harvinderjit Singh
3. Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden
4. Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin
5. Farhan Read
6. Wan Aizuddin Wan Mohamed
7. Rahmat Hazlan
8. Muhammad Farhan Muhammad Shafee
9. Tiara Katrina Fuad
10. Nur Syahirah Hanapiah
11. Zahira Eleena Redza

-Buletin TTKM-

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version