Genting beli kapal Equanimity pada harga RM514.14 juta

PETALING JAYA, 3 April : Kapal mewah Equanimity telah dijual kepada Genting Malaysia Bhd pada harga USD 126 juta atau bersamaan dengan RM514.14 juta, kata Jabatan Peguam Negara.

“Pembelian berjumlah USD126 juta akan dibayar oleh Genting dan diterima oleh Mahkamah selewat-lewatnya penghujung April 2019.

Ini merupakan pemulihan tertinggi untuk kerajaan Malaysia dari skandal  1Malaysia Development Bhd (1MDB), dalam masa 8 bulan dari permulaan tindakan ini” katanya pada satu kenyataan yang dipetik oleh The Star.

Pembelian ini bermakna impian orang ramai untuk melihat dan menaiki kapal tersebut seperti yang dijanjikan oleh pimpinan DAP kini berkecai sama sekali.

Sebelum ini, Guan Eng pernah mencadangkan kapal mewah itu dipamerkan kepada umum sebelum dijual. Beliau berkata, jika tidak dibenarkan melihatnya keseluruhan kapal, tetapi setidak-tidaknya orang ramai diberi peluang melihat sebahagian daripada strukturnya.

“Peguam negara (Tommy Thomas) akan memastikan semua dokumen lengkap, semua kawalan dikenakan dan jika boleh memastikan setiap aset di dalamnya disenaraikan.Dan jika mungkin, saya harap orang awam juga boleh melihatnya. Mungkin bukan keseluruhan kapal, hanya sebahagian (daripadanya)” – Lim Guan Eng

Walaubagaimanapun, perdana menteri menolak cadangan tersebut kerana ia akan merosakkan kapal.

“Kalau sampai 100 orang dibenarkan masuk ke dalam kapal ini kita bimbang ia akan merosakkan kapal. Jadi, bakal pembeli mungkin tidak mahu (beli).
Hiasan dalaman kapal ini sangat mewah, sangat cantik. Perabot yang ada dalam kapal ini saya sendiri pun tidak pernah lihatnya. Begitu juga bilik tidurnya. Kita boleh tidur sambil melihat keindahan langit,” –  Tun Dr Mahathir Mohamad

Janji Nga Kor Ming pada PRU 14

Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming pada PRU 14 dulu berjanji untuk membawa Equanimity ke Teluk Intan dan orang ramai boleh melihatnya dari dekat.

Nga berjanji, jika HARAPAN menjadi kerajaan, beliau akan membawa kapal layar mewah berharga RM1 bilion itu ke sini untuk membolehkan penduduk Teluk Intan menaikinya.

“Selepas itu, kami akan melelongnya dan wang itu akan dikembalikan kepada rakyat.. Jika kami membentuk kerajaan, kita pasti akan menulis surat kepada Jabatan Kehakiman (DOJ) untuk menuntut kembali wang itu kerana kami benar-benar percaya wang ini telah dicuri dari rakyat di Malaysia. Ini adalah wang kita, termasuk Equanimity. Jadi, harapan saya ialah, jika diberi peluang, kami ingin membawa kapal layar mewah itu ke Teluk Intan dan sekurang-kurangnya untuk membolehkan rakyat melihat betapa mewahnya kapal itu,”– Nga Kor Ming

Kredit video KiniTV:

Kapal layar mewah itu dirampas Kerajaan Indonesia merampasnya pada Februari lalu sebagai sebahagian siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) terhadap isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Kapal tersebut kemudiannya diserahkan  kepada kerajaan Malaysia.  – Buletin TTKM –

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.