Nak tutup Lynas? Beri saya 40k undi, kata Wong Tack

Bentong, 3 April : Ahli parlimen DAP Bentong, YB Wong Tack menjadi sasaran seterusnya ‘terowong masa’ oleh netizen berhubung isu Lynas.

Pada satu status di laman FB beliau pada 22 April 2013, Wong Tack meminta pengundi supaya memenangkannya  dalam pilihanraya umum dengan memberikannya 40 000 undi supaya kilang Lynas boleh ditutup.

“Ramai yang bertanya kepada saya, bagaimana boleh kita menutup kilang Lynas?Cara yang paling mudah untuk tutup kilang Lynas ialah melalui kuasa rakyat, bagi 40000 undi kepada saya.” – Wong Tack.

Berikut merupakan beberapa komen terpilih netizen mentroll YB DAP tersebut:

Adelan Suffian Abu Baka Dulu kalau kat Kuantan, banyak kereta ada sticker STOP LYNAS. Sekarang krikk krukk dah dorang. Agaknya dah senang coz banyak lagi stok air kencing yang boleh ditapis menggantikan ron95/97.

Arisa Saad Yg undi dia otak dah masuk toxic air kencing. Padan muka, dia yg senang pengundi dpt cium bau busuk.

Faishal Alawi hi YB wong tack, saya tak pandai berbahasa Mandarin.. tapi kalo setakat nak sebut CHI*** LU tu boleh la.

Mohd Kamal Baru aku tau seronok rupanya kene kencing bacin ni..wahaha…

Amirul Zaman Sekarang memang dah selamat. Semua orang kat situ dah jadi X-men. Boleh teruskan la operasi Lynas tu.

Mafas Hasan Toksik kencing lebih berbahaya dari toksik Lynas.
Nak tau sebab apa? Toksik Lynas bawa masuk banyak pelaburan. Toksik kencing buat semua yang bagi undi kat dia dah jadi zombie bisu.  Haaaa…. tepok!!!

Wong Tack, calon DAP yang bertanding dengan menggunakan simbol PKR memenangi kerusi Bentong dan merampasnya dari MCA pada PRU 14 lepas dengan mendapat 25,716 undi, manakala MCA tewas di tempat kedua dengan 23,684 undi.

Walau bagaimanapun, hampir setahun selepas beliau memenangi kerusi tersebut, kilang Lynas masih beroperasi malah dijamin operasinya akan berterusan oleh Redzuan, menteri pembangunan usahawan.

Sebaliknya Wong Tack pula mendapat laba menjadi ahli parlimen Bentong dengan pendapatan sebulan berjumlah RM22,412.64.

Pada 30 Mac lepas, beliau ke Sabah dan dilihat bersama dengan penulis blog kontroversi, Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown sambil menunjukkan wajah penuh kebanggaan. – Buletin TTKM –

“With Clare Rewcastle Brown in Sabah. I told her of our dreams and plans for#Bentong. She showed great enthusiasm and expressed her eagerness to visit Bentong one of these days and see how she can help.” – Wong Tack. Kredit FB Wong Tack.

 

 

 

f



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: