Pensyarah UiTM didakwa berzina dengan pelajar

Shah Alam, 3 April : UNIVERSITI Teknologi MARA (UiTM) menjalankan siasatan mengenai dakwaan membabitkan pensyarah di cawangan Dengkil yang gemar berzina dengan penuntut universiti itu seperti tular di media sosial, baru-baru ini.

Naib Canselor UiTM, Prof Dr Mohd Azraai Kassim berkata, pihaknya sudah membuat laporan polis mengenai perkara itu bagi tindakan lanjut, menurut laporan Harian Metro. 

“Kami turut sedang melakukan siasatan mengenainya dan tidak pasti sama ada dakwaan itu benar atau sebaliknya.

“Saya sudah mengarahkan pegawai untuk membuat satu laporan polis dan menyerahkannya kepada polis untuk menyiasat.

“Kami juga mempunyai prosedur dan jika didapati betul ada kes seperti didakwa, kita akan membawa perkara itu dalam jawatankuasa tatatertib untuk tindakan lanjut,” 

– Prof Dr Mohd Azraai Kassim

Kata Mohd Azraai, pihaknya mengalukan kerjasama pemberi maklumat yang mempunyai bukti mengenai dakwaan itu.

“Kita mahu ‘whistle blower’ itu tampil membuat laporan supaya siasatan boleh dibuat. Jika terbukti, kita akan ambil tindakan.

“Maklumat itu juga akan dirahsiakan dan dilindungi,”  – Prof Dr Mohd Azraai Kassim

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter memuat naik satu status berkaitan ‘Unpopular Opinion’ (pandangan tidak popular) berkaitan UiTM Dengkil.

Buletin TTKM mendapati tweet tersebut yang diciapkan oleh pengguna Noah @aciphazimul telah pun dipadamkan.

noah.JPG

Status itu kemudian mendapat perhatian pengguna @amrhshfe yang memberi maklum balas dengan merujuk kepada status berkenaan.

aa.jpg

 

Setelah itu, seorang pengguna lain yang mendakwa dirinya adalah pensyarah yang pernah mengajar di UiTM itu membalas akan mengambil tindakan yang sesuai.

“Tuduhan ini sangat serius. Saya seorang Pensyarah Undang-undang dan pernah mengajar pelajar asasi undang-undang di Dengkil. Tuduhan ini, mungkin memberi kesan kepada saya dan kakitangan di Fakulti Undang-Undang. Kami akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan yang sesuai,” 

Status itu kemudiannya tular dan pembawangan diteruskan dengan pengguna Twitter yang lain. – Buletin TTKM-

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.