PRK Rantau. FB Mat Sabu dapat komen yang tidak disangka..

Rantau, 3 April : Laman facebook Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu  atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu mendapat komen yang tidak disangka dari admin facebook Masjid Kariah Kg Kuala Sawah, tempat di mana beliau melakukan solat maghrib semalam.

Pada satu hantaran sempena PRK Rantau, Mat Sabu menaikkan gambar beliau melakukan solat Maghrib di masjid tersebut sambil melakukan tagging pada FB masjid itu.

“Singgah solat maghrib di Masjid Kariah Kg Kuala Sawah, Rantau, Negri Sembilan.Malam ni, saya juga akan bertemu penduduk di Angsa Emas untuk berceramah dgn Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan PH dan sesi ngeteh di Taman Kelab Tuanku sempena Praya Kecil Rantau.Ayuh bersama2 malam ini.Terus menerangkan dasar dan komitmen kerajaan untuk membina semula negara. #PRKRantau”  – Mat Sabu

Dengan tidak disangka, admin masjid tersebut memberikan komen berikut:

“Doakan juga kemenangan calon Muslim Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan yang banyak berjasa kepada Masjid ini ya YB”

Komen oleh Masjid Kariah tersebut.

Komen itu mendapat 279 likes dan pelbagai komen lucu dari netizen.

Pada perkembangan yang lain, netizen turut mempersendakan Mat Sabu kerana menulis nama tempat tersebut sebagai Angsa Emas. Buletin TTKM mendapati taman tersebut sebenarnya adalah Taman Angsamas.

Laman facebook masjid tersebut didapati dicipta pada  12 Mac 2015 dan diletakkan gambar Mohamad Hassan bersama ahli kariah masjid sebagai wall paper laman FB tersebut.

PRK Rantau yang akan diadakan pada 13 April ini menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (BN) yang juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, R Malar (Bebas), Mohd Nor Yassin (Bebas) dan calon Pakatan Harapan (PH) dari PKR, Dr S Streram. – Buletin TTKM –



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: