(Video) Petisyen desak Fraser Anning dilucutkan jawatan dibentangkan di parlimen Australia.

Capital Hill, 3 April : Petisyen mendesak supaya Senator Fraser Anning dilucutkan dari parlimen Australia dibentangkan semalam oleh senator New South Wales dari parti Green, Mehreen Faruqi.

“Satu petisyen yang ditanda tangani oleh 1.4 juta orang mendesak supaya Senator Anning dilucutkan dari parlimen selepas komen diskriminasi beliau memburuk-burukkan orang Islam, malah selepas kejadian pembunuhan beramai-ramai di Christchurch  itu, beliau menyalahkan pula sasaran  serangan pengganas tersebut di atas kematian mereka sendiri” –  Mehreen Faruqi.

Tambah Mehreen lagi, tidak sepatutnya ada ruang untuk Islamofobia dan kebencian di parlimen sambil mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menganjur dan menandatangani petisyen tersebut.

Mehreen merupakan senator muslim pertama di Australia yang sebelum ini merupakan ahli majlis perbandaran New South Wales.

Sementara itu, di laman Change.org, Kate Ahmad, salah seorang pemula petisyen berterima kasih kepada semua penyokong petisyen itu.

Berikut merupakan kenyataan penuh beliau:

Petisyen kami dibentangkan di Parlimen semalam oleh Greens Senator Mehreen Faruqi.

Ini diikuti dengan usul penapisan (censure)  terhadap Fraser Anning yang disokong oleh semua parti utama.

Fraser Anning tidak mengaku bersalah dan tidak mahu menerima kemudaratan yang disebabkan oleh kata-kata beliau. Ia akan menjadi tragedi jika dia dipilih semula. Saya menggesa anda semua untuk meneruskan kempen menentang percakapan bigoroty dan kebencian dengan mengundi dalam pilihan raya Persekutuan. Sila luangkan masa untuk menyelidik calon-calon dan mengundi pihak-pihak dan ahli-ahli politik yang akan menyokong masyarakat yang bersifat inklusif dan penuh kasih. Saya akan menyokong The Greens dalam pilihan raya ini, memandangkan integriti dan rekod pencapaian mereka dalam menangani diskriminasi, pelarian dan orang lain yang terdedah.

Tanpa menghiraukan kecenderungan politik anda, saya mengucapkan terima kasih kepada anda semua untuk mengambil bahagian dalam pameran yang hebat ini tentang kuasa rakyat dan sentimen kesatuan. Bersama kita kuat.” – Kate Ahmad

Fraser Anning dikecam masyarakat dunia kerana mengeluarkan kenyataan menyalahkan orang Islam di atas kejadian serangan pengganas di Christchurh.

Beliau kemudian diserang oleh seorang remaja kulit putih dengan menggunakan telur ketika mengadakan sidang media yang kemudiannya tular dengan gelaran The Egg Boy.

Sejak itu, satu petisyen dimulakan untuk melucutkan jawatan beliau sebagai senator dari parlimen Australia yang kini mendapat 1,434,205  tandatangan, tertinggi  dalam sejarah Australia. – Buletin TTKM –

 

 

 

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version