Dari negara mana akaun FB pemimpin politik Malaysia ditadbir? Ada juga dari Amerika…

EKSKLUSIF oleh Editorial Buletin TTKM.

Kuala Lumpur, 4 April : Baru-baru ini Facebook telah meletakkan ciri  terbaru bagi laman yang dicipta di platformnya melalui “Page Transparency” atau “ketelusan laman”.

Menerusi satu kenyataan, facebook berkata ia bertujuan untuk mengelakkan penyalahgunaan ketika pilihanraya, yang dirujuk kepada pemilihan presiden AS baru-baru ini yang didakwa ada campur tangan siber dari Rusia.

“We know we were slow to pick-up foreign interference in the 2016 US elections. Today’s updates are designed to prevent future abuse in elections — and to help ensure you have the information that you need to assess political and issue ads, as well as content on Pages. “ – Facebook.

Melalui ciri ini, facebook membenarkan pengguna memahami lebih baik tujuan sesuatu laman seperti tarikh penubuhan, jumlah akaun admin (pentadbir) dan dari negara mana mereka berada.

Buletin TTKM melakukan pemeriksaan kepada beberapa laman Facebook pemimpin politik utama di Malaysia dari parti PPBM, PKR, DAP, PAS, MCA dan UMNO.

Berikut merupakan hasil pemerhatian kami.

  1. Tun Dr Mahathir Mohamad, Penasihat parti PPBM ( URL: https://www.facebook.com/TunDrMahathir/ )

2. Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP ( URL : https://www.facebook.com/limguaneng.malaysia/)

3. Datuk Seri Hadi Awang, Presiden PAS ( URSL : https://www.facebook.com/abdulhadiawang/ )

4. Najib Razak, bekas presiden UMNO. ( https://www.facebook.com/najibrazak/ )

5. Mohamad Sabu, presiden Amanah. ( URL : https://www.facebook.com/mohdsabu1954/ )

 

6. Wee Ka Siong, Presiden MCA ( URL : https://www.facebook.com/wksbmenglish/ )

7. Dato Seri Anwar Ibrahim, Presiden parti PKR ( URL: https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/)

 

Kesimpulan:

Jumlah admin:

Laman FB Anwar Ibrahim mempunyai admin paling ramai berjumlah 30 akaun manakala admin paling sedikit adalah laman FB Wee Ka Siong yang cuma mempunyai 3 akaun admin.

Penubuhan :

Laman FB paling awal dibuka adalah Anwar Ibrahim iaitu pada 5 Mei 2008 manakala yang paling terbaru dicipta adalah Wee Ka Siong iaitu pada 17 Mei 2018.

Negara:

Kesemua laman FB ahli-ahli politik ini adalah ditadbir oleh admin yang berada di Malaysia kecuali laman FB Anwar Ibrahim yang turut mempunyai 2 akaun admin di Amerika Syarikat dan 1 akaun di Indonesia. – Buletin TTKM-

 

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: