Hantaran Mat Sabu VS komen Masjid. Mat Sabu ‘makan asap’.

Rantau, 4 April : Hantaran presiden Amanah, Mat Sabu mengenai beliau singgah solat Maghrib di Masjid Kariah Kg Kuala Sawah, terus mendapat perhatian netizen apabila komen admin masjid tersebut kini mendapat tanda suka sebanyak 21k berbanding tuan punya hantaran, Mat Sabu yang cuma mendapat 2.9k tanda suka.

Manakala netizen meneruskan pembawangan di bawah komen masjid tersebut yang kini berjumlah 2868 balasan.

Pada 2 april lepas, hantaran menteri pertahanan itu mendapat komen yang tidak di sangka dari masjid tersebut yang meminta beliau supaya mendoakan kemenangan calon BN, Mohomad Hasan

“Doakan juga kemenangan calon Muslim Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan yang banyak berjasa kepada Masjid ini ya YB..”Masjid Kariah Kampung Kuala Sawah,Rantau

Pada perkembangan yang lain, netizen turut mempersendakan Mat Sabu kerana menamakan tempat tersebut sebagai Angsa Emas yang sebenarnya adalah Taman Angsamas.

Laman facebook masjid tersebut didapati dicipta pada  12 Mac 2015 dan diletakkan gambar Mohamad Hassan bersama ahli kariah masjid sebagai wall paper laman FB tersebut.

PRK Rantau yang akan diadakan pada 13 April ini menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (BN) yang juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, R Malar (Bebas), Mohd Nor Yassin (Bebas) dan calon Pakatan Harapan (PH) dari PKR, Dr S Streram. – Buletin TTKM –

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.