(video) Peratus hutang negara kini kurang sebab KDNK meningkat, kata PM.

Dewan Rakyat, 4 April:  Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata peratus hutang negara kini menjadi kurang kerana KDNK negara sudah meningkat selain beberapa hutang sudah diselesaikan.

“Sekarang KDNK negara sudah meningkat. Apabila KDNK meningkat, peratus hutang menjadi kurang.

“Kedua, apabila kita selesaikan beberapa hutang dengan mengambil tindakan, hutang kita sudah berkurang.

“Kini kita hampir mencapai (kadar hutang) tahap yang mana ia tidak lagi menjejaskan usaha kita untuk mentadbir dan membangunkan negara,” – Tun Dr Mahathir

Beliau berkata demikian  ketika menjawab soalan Ahmad Maslan (BN-Pontian) berkenaan status hutang negara.

“Menteri kewangan menyebut memang hutang rasmi RM686 bil dan bukan RM1 trilion, Dalam dokumen rasmi kerajaan juga iaitu dokumen laporan ekonomi tidak sampai RM1 trilion, (tetapi) RM 686 billion. Begitu juga dalam kajian separuh penggal Malaysia ke dua, (menyatakan) RM 686 bilion bukan RM1 trillion. Tapi YAB perdana menteri, sekarang ini hutang kerajaan meningkat kepada RM773 bilion iaiatu RM87 peningkatan. Jadi apa pandangan YAB perdana menteri tentang mengurangkan hutang ini?” – Ahmad Maslan.

Sebelum ini, kerajaan menggunakan figura RM1 trillion merujuk kepada hutang negara yang tinggi, tetapi tidak langsung menyentuh KDNK ketika itu.

Alasan hutang RM1 trillion itu kemudian digunakan kerajaa sebagai alasan untuk tidak menunaikan beberapa  janji manifesto pada PRU 14 yang lalu. – Buletin TTKM –

Video kredit KiniTV:



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: