Hibah TH rendah 1.25 %, salah BN.

Putrajaya,  4 April : Kadar agihan hibah Tabung Haji (TH) sebanyak 1.25 peratus paling rendah dalam sejarah adalah disebabkan masalah dihadapi badan itu yang ditinggalkan pentadbiran lalu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof.

Tambah beliau lagi, berkata pentadbiran lalu TH di bawah kerajaan BN telah membuat agihan dividen melanggar akta ditetapkan selama empat tahun berturut-turut dengan melakukan manipulasi akaun bagi membolehkan agihan tinggi hibah diumumkan, lapor Malaysiakini. 

“Kami terpaksa datang untuk menyelamatkan keadaan, komitmen kerajaan cukup tinggi untuk selamatkan TH.

“Agihan hibah rendah disebabkan situasi TH.

“Ini legasi yang ditinggalkan (pentadbiran terdahulu) dan bukan disebabkan kami,”  – Mujahid Yusof.

TH hari ini mengumumkan hibah tahunan bagi tahun 2018 sebanyak 1.25 peratus, terendah dalam sejarah penubuhannya.

Pada tahun lalu, TH mengumumkan hibah 4.5 peratus kepada pendeposit, dan tambahan hibah haji 1.75 peratus pendeposit yang belum menunaikan haji bagi tahun 2017.

Sebelum ini, menteri pertahanan, Mohamad Sabu turut berkata

Grafik oleh Malaysiakini
Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu turut menggunakan alasan sama berhubung pengumuman dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang masih belum dibuat.
Katanya ia lambat diumumkan kerana terdapat banyak akaun yang tidak menunjukkan kedudukan sebenar oleh pemerintahan kerajaan terdahulu, 

“Jadi kami perlu membuat semakan terlebih dahulu. Selain itu, kementerian saya juga antara kementerian yang disiasat di bawah Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Ambrin Buang ,” – Mat Sabu

-Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version