Singkir PM? “Langkah mayat saya dulu!” – Syed Saddiq

Putrajaya 5 April: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq berdiri teguh di belakang Perdana Menteri berikutan dakwaannya bahawa ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mahu menjatuhkan Tun melalui cara bukan demokratik.

Tambahnya lagi, mereka yang menggelar perdana menteri itu sebagai ‘pengkhianat’ kerana menandatangani Statut Rome adalah pengecut.

Tidak cukup dengan itu, Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu itu berkata langkah mayat beliau dahulu jika mahu menyingkirkan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana menteri.

Beliau berkata demikian dalam satu status yang dinaikkan di akaun Facebooknya sebentar tadi.

Saya berdiri teguh bersama Tun Dr Mahathir.

Pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menggunakan jalan belakang untuk menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia merupakan pengecut sebenar.

Those who call him a “traitor” for signing the Rome Statute & wants to remove him undemocratically is the true coward.

Over my dead body before you try to remove our Prime Minister. Malaysia’s Prime Minister.”

Terdahulu, perdana menteri pada petang tadi mengumumkan kerajaan menarik balik ratifikasi Statut Rome kerana timbul kekeliruan di kalangan orang ramai dan raja-raja.

“Kekeliruan ini disebabkan oleh seseorang individu, yang mahu bebas memukul orang.. jika dia pukul orang lagi, saya akan hantar polis untuk menahannya. Saya tidak peduli siapa dia.”

“Saya ingin katakan ini kepada ‘penakut-penakut’ yang pada regim yang lalu mereka hanya diam melihat Najib mencuri dan berbuat macam-macam.Dan mereka tidak berkata apa-apa.Ramai penakut-penakut ini mahu mengambil kesempatan daripada penyalahgunaan kuasa Najib supaya mereka juga dapat kepentingan mereka.Saya katakan ini secara terus kepada mereka.Anda boleh fikirkan sendiri siapa mereka.Kenapa mereka bercakap sekarang tetapi sekarang nak jadi jaguh?” –Tun Dr Mahathir.

Pada 4 Mac lalu Menteri Luar Saifuddin Abdullah telah menandatangani dokumen yang membawa Malaysia menyertai perjanjian tersebut.

Wisma Putra menyatakan menterinya telah memaklumkan kepada Yang Dipertuan Agong pada 15 Februari mengenai hasrat Putrajaya menyertai perjanjian tersebut.

Walau bagaimanapun, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan puteranya Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim pula bertitah bahawa persetujuan terhadap perjanjian itu melanggar Perlembagaan Persekutuan kerana ia bakal memberi kesan terhadap institusi beraja, hak-hak Melayu dan kesucian Islam di Malaysia.

Tunku Ismail juga bertitah bahawa kerajaan gagal berunding dengan Majlis Raja-Raja sebelum menandatangani perjanjian itu.

ICC merupakan mahkamah antarabangsa yang membicarakan empat jenayah utama antarabangsa iaitu pembunuhan beramai-ramai, jenayah terhadap kemanusiaan, jenayah perang dan jenayah pencerobohan.

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.