(Video) Kabinet tarik balik iktiraf “statute of rome”

PUTRAJAYA, 5 April: Malaysia menarik balik pengiktirafan Rome Statute of the International Criminal Court (ICC), kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana kekeliruan orang ramai dan pihak raja-raja.

 

Pengumuman beliau itu yang disiarkan secara langsung melalui Bernama, menurutnya adalah keputusan kabinet yang dibuat pagi tadi.

“Terdapat banyak kekeliruan mengenai Rome Statute, jadi kami tidak akan menyetujuinya. Bukan kerana kita menentangnya, tetapi kerana kekeliruan politik tentang perinciannya yang disebabkan oleh mereka yang ada kepentingan cita-cita politik. “ – Tun Dr Mahathir.

Perdana menteri turut secara sinis berkata sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang di negara ini, walaupun ketika statute of rome tidak diratifikasikan, tindakan akan diambil ke atas mereka.

“Sama ada kita setuju atau tidak dengan statute of rome, jika anda melanggar undang-undang, kita tidak peduli siapa anda, kami akan ambil tindakan terhadap anda. Jika anda jual tanah di negara ini kepada orang lain kerana mencari wang, kita akan ambil tindakan terhadap anda. ” – Tun Dr Mahathir.

Beliau turut mendakwa kekeliruan yang timbul berhubung ratifikasi statute of rome  ini adalah langkah politik oleh mereka yang mahu sokongan pihak raja-raja sambil membayangkan ada juga beberapa pihak kerabat yang terlibat.

“Kekeliruan ini disebabkan oleh seseorang individu, yang mahu bebas memukul orang.. jika dia pukul orang lagi, saya akan hantar polis untuk menahannya. Saya tidak peduli siapa dia.”

“Saya ingin katakan ini kepada ‘penakut-penakut’ yang pada regim yang lalu mereka hanya diam melihat Najib mencuri dan berbuat macam-macam.Dan mereka tidak berkata apa-apa.Ramai penakut-penakut ini mahu mengambil kesempatan daripada penyalahgunaan kuasa Najib supaya mereka juga dapat kepentingan mereka.Saya katakan ini secara terus kepada mereka.Anda boleh fikirkan sendiri siapa mereka.Kenapa mereka bercakap sekarang tetapi sekarang nak jadi jaguh?” –Tun Dr Mahathir.

Pada  4 Mac lalu Menteri Luar Saifuddin Abdullah telah menandatangani dokumen yang membawa Malaysia menyertai perjanjian tersebut.

Wisma Putra menyatakan menterinya telah memaklumkan kepada Yang Dipertuan Agong pada 15 Februari mengenai hasrat Putrajaya menyertai perjanjian tersebut.

Walau bagaimanapun, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan puteranya Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim pula bertitah bahawa persetujuan terhadap perjanjian itu melanggar Perlembagaan Persekutuan kerana ia bakal memberi kesan terhadap institusi beraja, hak-hak Melayu dan kesucian Islam di Malaysia.

Tunku Ismail juga bertitah bahawa kerajaan gagal berunding dengan Majlis Raja-Raja sebelum menandatangani perjanjian itu.

ICC merupakan mahkamah antarabangsaya yang membicarakan empat jenayah utama antarabangsa iaitu pembunuhan beramai-ramai, jenayah terhadap kemanusiaan, jenayah perang dan jenayah pencerobohan.

ICC berkuatkuasa pada 2001 dan mensasarkan untuk mengakhir kekebalan pelaku jenayah yang paling serius. – Buletin TTKM –

Video ehsan Bernama:

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.