Tarik diri Statut Rom:”Bodoh, bangang dan pentingkan diri sendiri,” – kata Kasthuri, MP DAP.

Kuala Lumpur, 6 April : Ahli parlimen DAP Batu Kawan, YB Kasthuri Patto menyifatkan tindakan tarik diri yang dilakukan kerajaan dari Statut Rom adalah sesuatu yang “bodoh, bangang dan mementingkan diri sendiri. ”

Tambahnya lagi, tindakan ini akan menyebabkan Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk merujuk sebarang kes ke ICC dengan memberikan contoh kes pesawat MH17 yang ditembak jatuh dan pembunuhan beramai-ramai di Wang Kelian.

Selain itu, beliau turut berharap parti Barisan Nasional dan PAS gembira dengan perkembangan ini.

Beliau berkata demikian dalam siri  ciapan di akaun twitternya semalam.

” Saya harap BN dan PAS gembira sekarang. Dengan tidak menyetujui Satut Rom, Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk merujuk sebarang kes ke ICC mengenai pesawat MH17 yang ditembak jatuh dan pembunuhan beramai-ramai di Wang Kelian. Bagus la. Dulu tak berani buat, sekarang nak buat tak bagi. Bodoh, bangang dan pentingkan diri sendiri”

https://twitter.com/KasthuriPatto/status/1114104719381651456

Berikut merupakan ciapan-ciapan beliau yang lain:

“Bukankah kita mahukan keadilan bagi semua penumpang MH17 yang ditembak, termasuk rakyat Malaysia?” 

“Its justice for them. The only political desire is to see justice served.”

“Rakyat Malaysia perlu menuntut keadilan bagi mangsa pemerdagangan manusia di Wang Kelian juga. Dan perlu dibawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.”

“Daulat Tuanku. Isu menandatangani Statut Rom sama sekali tidak menyentuh sistem Raja breperlembagaan yang saya & semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa & agama menjunjung sebulat suara. Ianya berkaitan dengan menuntut keadilan utk mangsa tragedi pesawat MH17.”

“Bukan mudah utk membawa penjenayah ke muka pengadilan. Dengan menandatangi Rom Statut peluang utk Msia merujuk negara2 lain adalah lebih baik.” – Kasthuri Patto

Semalam, perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan kerajaan mengambil keputusan menarik diri dari Statut Rom kerana terdapat kekeliruan di kalangan orang ramai dan raja-raja.

“Kekeliruan ini disebabkan oleh seseorang individu, yang mahu bebas memukul orang.. jika dia pukul orang lagi, saya akan hantar polis untuk menahannya. Saya tidak peduli siapa dia.” – Tun Dr Mahathir

Pada 4 Mac lalu Menteri Luar Saifuddin Abdullah telah menandatangani dokumen yang membawa Malaysia menyertai perjanjian tersebut.

Wisma Putra menyatakan menterinya telah memaklumkan kepada Yang Dipertuan Agong pada 15 Februari mengenai hasrat Putrajaya menyertai perjanjian tersebut.

Walau bagaimanapun, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan puteranya Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim pula bertitah bahawa persetujuan terhadap perjanjian itu melanggar Perlembagaan Persekutuan kerana ia bakal memberi kesan terhadap institusi beraja, hak-hak Melayu dan kesucian Islam di Malaysia.

Tunku Ismail juga bertitah bahawa kerajaan gagal berunding dengan Majlis Raja-Raja sebelum menandatangani perjanjian itu.

ICC merupakan mahkamah antarabangsa yang membicarakan empat jenayah utama antarabangsa iaitu pembunuhan beramai-ramai, jenayah terhadap kemanusiaan, jenayah perang dan jenayah pencerobohan.

 

-Buletin TTKM-

 

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version