April 19, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Aktivis pelajar bocorkan dokumen’Statut Rom’ oleh ahli akademik yang dipersembahkan kepada majlis raja-raja.

KUALA LUMPUR, April 7 — Sekumpulan aktivis pelajar membocorkan apa yang didakwa sebagai dokumen pembentangan rumusan eksekutif kepada Majlis Raja-Raja yang pada akhirnya membawa kepada kepada keputusan Putrajaya menarik balik ratifikasi Statut Rom.

Dalam satu hantaran di akaun facebooknya, Asheeq Ali menaikkan 10 halaman dokumen tersebut yang dakwa beliau disediakan oleh empat ahli akademik.

“Di sini kami lampirkan rumusan eksekutif kertas kerja yang dibentangkan kepada Majlis Raja Raja pada 2hb April 2019 untuk menolak Statut Rom.

Pembentangan ini dibuat oleh 4 orang ahli akademik iaitu;

1. Prof Dato Dr Rahmat bin Mohamad 
2. Prof Madya Dr Shamrahayu Ab. Aziz  
3. Dr. Fareed bin Mohd Hassan
4. Hisham Bin Hanapi  

Tambah beliau lagi, hujah hujah yang diketengahkan di dalam kertas ini juga hampir sama dengan hujah yang diketengahkan oleh Tunku Mahkota Johor di laman Facebook baginda pada hari jumaat, 5hb April 2019, sambil mempersoalkan mengapakah konsultasi tersebut dijalankan secara sulit, tanpa diketahui oleh rakyat.

“Persoalan pertama yang timbul adalah, mengapa konsultasi ini dijalankan secara sulit, tanpa diketahui rakyat jelata apabila sebenarnya Statut Rom ini adalah perlindungan kepada rakyat jelata daripada kekejaman pemerintah.

Hujah hujah di dalam kertas tersebut sungguh berat sebelah apabila hujah hujah tersebut hanya membincangkan soal mengapa majlis raja raja perlu menolak Statut Rom.”

Dokumen-dokumen tersebut boleh diakses di akaun facebook Asheed seperti di bawah:

Setakat ini, empat ahli akademik yang dinyatakan masih belum membuat sebarang respon berikutan pembocoran dokumen sulit tersebut. – Buletin TTKM-

 

 

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: