MP DAP, YB Kasthuri Patto padam ciapan ke?

Kuala Lumpur, 7 April : Ciapan Ahli Parlimen DAP Batu Kawan, YB Kasthuri Patto yang menyifatkan tindakan kerajaan menarik diri dari Statut Rom adalah sesuatu yang “bodoh, bangang dan mementingkan diri sendiri ” kini didapati tiada lagi di akaun twitter beliau.

kasthuri3.jpg
Ciapan Kasthuri Patto kelmarin yang mengundang kritikan pelbagai pihak. Terjemahan” ” Saya harap BN dan PAS gembira sekarang. Dengan tidak menyetujui Satut Rom, Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk merujuk sebarang kes ke ICC mengenai pesawat MH17 yang ditembak jatuh dan pembunuhan beramai-ramai di Wang Kelian. Bagus la. Dulu tak berani buat, sekarang nak buat tak bagi. Bodoh, bangang dan pentingkan diri sendiri”

Buletin TTKM mendapati ciapan tersebut tidak dapat diakses sejak siang tadi setelah diserang oleh ‘tentera bawang’ netizen yang memaki hamun pada balasan ciapan ahli parlimen DAP itu.

Hasil pemerhatian di URL tweet itu di sini : https://twitter.com/KasthuriPatto/status/1114104719381651456 memaparkan “maaf, laman tersebut tidak wujud” yang kebiasaannya berlaku apabila ciapan dipadamkan oleh pemilik atau admin akaun Twitter tersebut.

Semalam, laporan Buletin TTKM yang bertajuk ” Tarik diri Statut Rom:”Bodoh, bangang dan pentingkan diri sendiri,” – kata Kasthuri, MP DAP.” tular di media sosial dan mendapat sehingga 1200 perkongsian

Kelmarin, perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan kerajaan mengambil keputusan menarik diri dari Statut Rom kerana terdapat kekeliruan di kalangan orang ramai dan raja-raja.

“Kekeliruan ini disebabkan oleh seseorang individu, yang mahu bebas memukul orang.. jika dia pukul orang lagi, saya akan hantar polis untuk menahannya. Saya tidak peduli siapa dia.” – Tun Dr Mahathir

Pada 4 Mac lalu Menteri Luar Saifuddin Abdullah telah menandatangani dokumen yang membawa Malaysia menyertai perjanjian tersebut.

Wisma Putra menyatakan menterinya telah memaklumkan kepada Yang Dipertuan Agong pada 15 Februari mengenai hasrat Putrajaya menyertai perjanjian tersebut.

Walau bagaimanapun, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan puteranya Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim pula bertitah bahawa persetujuan terhadap perjanjian itu melanggar Perlembagaan Persekutuan kerana ia bakal memberi kesan terhadap institusi beraja, hak-hak Melayu dan kesucian Islam di Malaysia.

Tunku Ismail juga bertitah bahawa kerajaan gagal berunding dengan Majlis Raja-Raja sebelum menandatangani perjanjian itu.

ICC merupakan mahkamah antarabangsa yang membicarakan empat jenayah utama antarabangsa iaitu pembunuhan beramai-ramai, jenayah terhadap kemanusiaan, jenayah perang dan jenayah pencerobohan.

 

 

 

 

 

kasthuri3.jpg

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.