Status terkini pemansuhan 6 akta: “KDN sedang meneliti kesemua isu dan pandangan” – Menteri

Dewan Rakyat, 8 April : Selepas hampir setahun kerajaan Pakatan Harapan ditubuhkan,  status terkini pemansuhan 6 akta  termasuk SOSMA, POTA, APA, AMCP dan Akta Hasutan adalah Kementerian Dalam Negeri sedang teliti kesemua isu dan pandangan oleh jawatankuasa yang dibentuk , kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyidin Yasin.

Beliau berkata demikian pada 3 April lepas sebagai  jawapan bertulis terhadap persoalan Pengerang (Azalina-BN) kepada Menteri Dalam Negeri

“Minta Menteri Dalam Negeri menaytakan apakah status pemansuhan Akta Kesalahan Keselmatan (Langkah-langkah khas) 2012 (SOSMA), Akta Perhimpunan Aman 2012, Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) dan Akta Hasutan 1948 dan bilakah akan dilakukan memandangkan kerajaan telah bersetuju dan memberikan komitmen malah juga sebahagian daripada Manifesto Pakatan Harapan” – Dato Sri Azalina Othman

WhatsApp-Image-2019-04-08-at-11.05.51-AM.jpeg

Berikut merupakan jawapan penuh menteri:

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Kajian Undang-Undang dan Jawatankuasa Teknikal bagi mengkaji kesemua enam (6) akta yang berada di bawah bidang kuasa KDN iaitu:

  1. Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah – langkah Khas) 2012 (SOSMA);
  2. Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA)
  3. Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA);
  4. Akta Hasutan 1984;
  5. Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA); dan
  6. Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (AMCP).

Selain jabatan kerajaan seperti Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kedua-dua jawatankuasa ini turut dianggotai oleh wakil Badan Peguam Malaysia, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), pengamal undang-undang dan ahli akademik.

Melalui beberapa siri mesyuarat dan bengkel yang telah diadakan, ahli kedua-dua jawatankuasa berkenaan telah membangkitkan pelbagai isu dan pandangan berkenaan akta-akta tersebut seperti tempoh tahanan, kuasa polis dan ruang untuk semakan kehakiman (judicial review).

Buat masa ini KDN sedang meneliti kesemua isu dan pandangan yang dikemukakan oleh kedua-dua jawatankuasa tersebut. Seterusnya KDN akan mengemukakan syor berkenaan undang-undang berkenaan kepada Jemaah Menteri untuk diputuskan.

-Tan Sri Muhyidin Yasin.

WhatsApp Image 2019-04-08 at 11.05.52 AM

Manifesto Pakatan Harapan pada PRU 14 lepas, Janji 27 menyatakan akan “menghapuskan undang-undang yang zalim” termasuk 6 undang-undang yang dinyatakan di atas.

Setakat ini undang-undang tersebut masih diguna pakai terhadap pesalah-pesalah oleh kerajaan baru Pakatan Harapan– Buletin TTKM- 

 

1.JPG

2.JPG

 

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.