Statut Rom : Kedudukan empat ahli akademik akan dibincangkan

KUALA LUMPUR, 8 April- Status empat ahli akademik yang menjalankan kajian berhubung perjanjian antarabangsa Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan membentangkannya kepada Majlis Raja-Raja akan dibincangkan oleh Kementerian Pendidikan, lapor Sinar Harian. 

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, buat masa ini kementerian belum membincangkan perkara tersebut.

“Kita akan bincang tapi di peringkat kementerian belum bincang secara menyeluruh Iagi. Bagi kita sedikit masa untuk bincang perkara itu,”

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Ketua Gabungan Pembebasan Akademik institut pengajian tinggi (IPT), Asheeq Ali Sethi Alivi mendedahkan mengenai rumusan eksekutif Statut Rom yang dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja pada 3 April lalu.

Asheeq Ali bersama 8 lagi aktivis pelajar mempersoalkan mengapa pembentangan rumusan eksekutif  itu dijalankan secara sulit tanpa diketahui oleh masyarakat, selain mendakwa hujah-hujah rumusan itu bersifat berat sebelah kerana hanya mempersoalkan sebab Majlis Raja- Raja perlu menolak perjanjian antarabangsa itu.

Rumusan itu dilakukan oleh Dekan Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi Mara (IJiTM), Prof Datuk Dr. Rahmat Mohamad dan Pakar Perlembagaan Persekutuan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IJIAM), Prof Madya Dr Shamrahayu Ab Aziz. Selain itu, dua pensyarah undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (IJSIM), Dr. Fareed Mohd. Hassan dan Hisham Hanapi turut terlibat dalam kajian tersebut.

Setakat ini, menteri pendidikan, Dr Maszlee Malik belum lagi memberikan maklum balas beliau mengenai isu ini.

Untuk rekod, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, dalam sidang media khas beliau pada 7 Jun 2018, menegaskan  bahawa kerajaan baharu PH tidak akan menggunakan universiti untuk kepentingan politiknya.

“Kami akan pastikan kerajaan Pakatan Harapan tidak akan menyalah guna universiti untuk kepentingan politiknya. Saya juga akan pastikan bahawa saya tidak akan menyalahguna kuasa universiti untuk kepentingan politik saya, parti politik saya atau parti pemerintah”  – Dr Maszlee Malik,

 

-Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version