Cukai digital 6% terhadap Netflix, Spotify dan lain-lain bermula 1 Jan 2020

KUALA LUMPUR, 8 April: Penyedia perkhidmatan digital asing bakal dikenakan cukai 6 peratus bermula 1 Januari tahun depan.

Ia selepas Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2019, menurut laporan Awani.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah berkata ia bagi memastikan satu ekosistem yang seimbang diwujudkan.

“Sebenarnya kita nak sediakan level playing field. Adalah tidak adil bagi penyedia perkhidmatan dalam negara dikenakan cukai ini, tetapi mereka di luar negara terlepas daripada pembayaran cukai ini.

“Ini bukan cukai baharu tapi kita luaskan skop kepada penyedia perkhidmatan ini yang berada di luar ngeara yang menyediakan perkhidmatan ini,” 

“Sepatutnya mereka boleh bayar … kerana hanya enam peratus. Kalau mereka boleh patuh dengan Rusia, Norway, New Zealand, saya tidak nampak kenapa mereka tak mahu patuh dengan kadar cukai di Malaysia,”

– Datuk Amiruddin Hamzah

Katanya, Malaysia turut mengambil contoh pelaksanaan cukai sama di beberapa negara lain sebagai penanda aras seperti Norway sebanyak 25 peratus, Rusia 18 peratus manakala New Zealand 15 peratus.

Cukai perkhidmatan tersebut hanya dikenakan ke atas perkhidmatan digital yang disediakan oleh pemberi perkhidmatan asing kepada pengguna Malaysia, sama ada pengguna individu ataupun pengguna perniagaan.

Jelasnya, perkhidmatan digital merangkumi mana-mana perkhidmatan yang diberikan melalui internet atau rangkaian elektronik yang serupa, yang mana tidak boleh diperolehi tanpa penggunaan teknologi maklumat.

“Contoh perkhidmatan digital adalah seperti langganan muzik dan video atas talian, langganan e-book, penggunaan platform e-marketplace, langganan sistem storan berasaskan perkomputeran awan (cloud computing) serta pembelian perisian komputer secara atas talian.

“Pengguna Malaysia ditentukan berdasarkan kaedah pembayaran, alamat Internet Protocol (IP) atau nombor peranti mudah alih yang digunakan semasa pembelian/langganan perkhidmatan digital serta sama ada pengguna tersebut menetap di Malaysia,”  – Datuk Amiruddin Hamzah

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, ketika membentangkan Belanjawan 2019 mengumumkan perkhidmatan atas talian yang diimport oleh pengguna, penyedia perkhidmatan asing akan dikehendaki berdaftar dengan Kastam, mengenakan dan meremit cukai perkhidmatan yang berkaitan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020 – Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version