Kerajaan gagal pinda perlembagaan.

Dewan Rakyat, 9 April| Kerajaan mencatat kekalahan hatrik dalam seminggu sebentar tadi apabila cadangan meminda artikel perlembagaan 1(2) bagi mengembalikan status Sabah dan Sarawak gagal diluluskan di peringkat dasar malam tadi, lapor Malaysiakini.

Sebelum ini, kerajaan mencatat kekalahan pertama apabila menarik balik ratifikasi statut Rom. Manakala kekalahan kedua diperoleh apabila akur dengan desakan menukar menteri besar Johor.

Untuk rekod, usul pemindaan perlembagaan hanya boleh diluluskan apabila mendapat sokongan dua per tiga daripada anggota Dewan Rakyat.

Bagaimanapun ketika undian dijalankan hanya 138 anggota parlimen menyokong manakala 59 lagi berkecuali.

Tiada mana-mana anggota parlimen membantah cadangan tersebut. – Buletin TTKM-

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: