Kuala Lumpur, 9 April: Aktivis dan peguam, Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim mendesak supaya empat ahli akademik yang menyediakan pembentangan rumusan eksekutif Statut Rom kepada Majlis Raja-Raja dipecat.
Tambahnya lagi, beliau tidak terkejut mereka yang digelar ahli akademik ini yang mengajar di instititut pengajian tinggi menghasilkan pembentangan yang beliau sifatkan sebagai pembohongan.
Beliau juga berkata mereka adalah tidak layak memanggil diri mereka sebagai profesor dan adalah menjadi suatu keperluan untuk mendesak mereka dipecat.
Siti Kasim berkata demikian dalam satu status yang dinaikkan di akaun facebook beliau kelmarin.
Berikut merupakan terjemahan status beliau:
“STATUT ROM – PENYEBAB
Ingat nama-nama ini. Saya tidak terkejut sama sekali untuk melihat mereka yang digelar ahli akademik yang mengajar di institusi tinggi kita keluar dengan pembohongan ini. Mereka sangat tidak berkelayakan dan kita mesti mendesak pemecatan mereka. Mereka tidak patut menggelar diri mereka Profesor atau mana-mana jenis gelaran.
PECAT MEREKA- MEREKA YANG TIDAK KOMPETEN INI
Profesor undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rahmat Mohamad,
Profesor undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Shamrahayu Abdul Aziz dan
Pensyarah undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) Fareed Mohd Hassan dan Hisham Hanapi.”-Siti Kasim-
-Buletin TTKM-