Calon PH PRK Rantau, Dr Streram khianat tidak membayar hutang peribadi rakan sendiri?

Oleh : Ali Abu

Suratkhabar Utusan Malaysia keluaran hari Isnin yang bertarikh 1 April 2019 yang lalu telah memaparkan rencana Pena Dr Siva yang ditulis oleh Profesor Dr P. Sivamurugan dari USM dengan tajuk rencana tersebut, Rantau : Ibu segala pilihan raya kecil. Semenjak duo menjak ni, den memang selalu folo Dr Siva kalau berkesempatan, samo ado tulisannya di Utusan atau menontonnya di Astro Awani. Den folo dio ni bukan apo, sobab dio ni dengan den serupa, botak. Pemikiran orang botak ni lain macam bro. Kau jangan memain. Ngeeee…

Yang buek den triggered dengan tulisan Dr Siva dalam rencana tersebut ialah dio menyatakan bahawa Dr Streram berhutang dengan Ahli Parlimen Segamat sehinggakan satu report Polis dibuat ke atas Dr Streram. Jadi den cari report Polis tersebut di internet dan akhirnya berjumpo. Dalam report Polis tersebut, Ahli Parlimen Segamat iaitu R. Santhara Kumar, menyatakan Dr Streram telah menipu cek yang telah diberikan kepadanya. Maksud Santhara, ialah cek yang diberikan oleh Dr Streram tidak boleh ditunaikan bagi membayar hutangnya.

Menurut Santhara di dalam report tersebut, Dr Streram telah merayu kepadanya untuk memberi pinjam duit berjumlah sebanyak rm62,000.00 bagi membiayai yuran pengajian anaknya. Dr Streram berjanji akan segera membayar hutang tersebut. Setelah diberi pinjam, Santhara menuntut kembali supayo hutangnya dibayar. Tetapi Dr Streram enggan membayar hutangnya kembali. Malah Santhara menyatakan Dr Streram menjawab panggilan telefonnya dalam keadaan menjerit dan menengkingnya. Panggilan telefon itu juga dijawab seolah-olah Dr Streram dalam berkeadaan mabuk. Kono ingat bro, Santhara dan Dr Streram ni berado dalam satu parti iaitu PKR.

Setelah melihat report Polis yang dibuat oleh Ahli Parlimen Segamat ini, mustahil Santhara ini mengada-adakan cerita bagi memburukkan imej Dr Streram. Kerana kalau Santhara membuat report Polis palsu, dio boleh didakwa oleh pihak berkuaso. Atau disaman oleh pihak Dr Streram sendiri. Tambahan lagi Santhara adolah seorang Ahli Parlimen, sudah tontu dio pun nak jugak jago namo baiknya sendiri.

s1.jpg

Setakat carian den di internet, pihak berkuaso tidak pun mengatakan report Polis yang dibuat oleh Ahli Parlimen Segamat ini sebagai report palsu.

Untuk info, report Polis yang dibuat Santhara ini bertarikh 8 Mac 2019. Peliknya, pado 10 Mac 2019, Dr Streram mengeluarkan statement melalui Bernama yang dikutip oleh Malaysia Gazette mengatakan bahawa dio dah bayar duit pinjaman Santhara pado tahun lopeh. Setelah 2 hari report Polis dibuat oleh Santhara, tetibo Dr Streram mengaku dah bahar hutangnya pado tahun lopeh. Ini amat meragukan. Kerana Santhara tidak menarik report tersebut dan Dr Streram tidak menyaman malu terhadap Ahli Parlimen Segamat tersebut. Pado hemat den, ini adolah cubaan Dr Streram nak tutup aib sendiri demi PRK Rantau yang kini sedang dihadapinya.

Ini bermakno Dr Streram mempunya masalah integriti. Tidak amanah setelah diberikan kepercayaan. Kalau Dr Streram boleh khianat dengan tidak menunaikan janji bagi membayar hutang rakannya sendiri, bagaimano pula janji-janjinya kepado para pengundi di DUN Rantau?

Ado otak pikir la sendiri bro.

Link Berita Malaysia Gazette: https://malaysiagazette.com/blog/2019/03/10/didakwa-gagal-lunas-hutang-streram-akan-rujuk-kepada-pimpinan-pkr/


Ali Abu merupakan seorang penulis yang gemar memberikan komentar kritikal mengenai politik tanah air. Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian TTKM-Editor

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.