Harga ayam, telur naik sebab harga dedak ayam meningkat- Rafizi Ramli.

Bandar Sri Sedayan, 12 April : Harga ayam dan telur yang meningkat mutakhir ini adalah disebabkan oleh harga dedak ayam naik, yang sebahagian besarnya diimport dari luar negara, kata naib presiden PKR yang dilantik, Rafizi Ramli.

Tambahnya lagi, harga dedak ayam import ini adalah terdedah kepada turun naik harga, maka ia secara langsung memberi kesan kepada harga ayam.

rafizi1.JPG

“Kita tengok masalah utama (harga ayam dan telur naik )adalah dedak, ini bukan dedak najib yang dulu ni, ni dedak ayam yang betul. Dedak ini sebahagian besarnya diimport dari luar negara. Jadi harga dedak ini adalah kos antara yang paling penting dan besar untukl menternak ayam. Jadi apabila dedak ini banyak diimport dariluar negara maka ia terdedah pada turun naik harga. Jadi bila naik harga, harga ayam pun naik. Bila tak cukup dedak, harga ayam naik lagi.” –Rafizi Ramli

Rafizi  kemudian mencadangkan supaya negara kita menghasilkan dedaknya sendiri.

rafizi2.JPG

“Kena cari jalan macam mana untuk kita pastikan lepas ini kita boleh buat dedak.” –Rafizi Ramli

Beliau turut menyalahkan perkara ini kepada pimpinan UMNO dan PAS diatas kegagalan menghasilkan dedak ayam walaupun sudah 60 tahun berkuasa.

rafizi4.JPG

“Yang ini yang saya nak tanya Najib, Umno dan Tok Mat Hassan, kamu jadi kerajaan 60 tahun dedak ayam pun kamu tak boleh buat. Itu pencapaian melayu UMNO PAS, 60 tahun kamu mentadbir dedak ayam kamu tak boleh buat. Kita sekarang jadi mangsa harga dedak ayam turun naik sebab kita kena import dari luar negara.” – Rafizi Ramli

rafizi3.JPG

Rafizi berkata demikian dalam satu program “Bual Bicara : Melayu Terancam, Melayu Kini vs Melayu Kroni, Isu Melayu: Anda tanya, saya jawab!” sempena kempen PRK Rantau di Bandar Sri Sendayan semalam.

Harga dedak ayam import yang diperbuat daripada jagung biasanya berubah-ubah  kerana  mengikut kadar tukaran wang ringgit berbanding dolar.

Sumbangan kepada Buletin TTKM. 
Portal Buletin TTKM diwujudkan selepas PRU14 untuk memberikan laporan yang lebih adil, bebas dan kritikal. Bantu kami untuk terus melaporkan dan beroperasi dengan dengan melakukan sumbangan ikhlas ke akaun berikut:
No akaun : 8603355994 (Bank : CIMB Bank)

Sebelum ini, Tun Dr Mahathir pada 2015 berkata penyusutan nilai Ringgit yang dihadapi Malaysia mempunyai kaitan dengan prestasi pentadbiran Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya lagi, nilai ringgit akan naik sekelip mata sekiranya Najib meletak jawatan.

“Saya nak lihat Najib letak jawatan. Kalau Najib turun, nilai mata wang akan naik sekelip mata,” – Tun Dr Mahathir.

Walau bagaimanapun, semenjak Pakatan Harapan menang dan membentuk kerajaan  pada PRU 14 lepas, nilai ringgit berbanding dollar dilihat semakin lemah.

ringgek.jpg

Manakala Rafizi Ramli pula ketika kempen PRU 13 berkata  untuk mengurangkan harga barang adalah dengan mengurangkan harga minyak .

– Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.