May 6, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Kenyataan MP Pengerang : Insiden letupan di Pengerang.

INSIDEN KEBAKARAN DAN LETUPAN DI KOMPLEKS BERSEPADU PENGERANG

PENGERANG – Saya amat sedih dan terkejut apabila telah dimaklumkan mengenai satu kebakaran dan letupan telah berlaku di Kompleks Bersepadu Pengerang, Johor pada jam 1.25 pagi tadi.

2. Saya selaku Ahli Parlimen Pengerang telah berhubung dan dimaklumkan oleh PETRONAS bahawa keadaan sekarang sudah terkawal dan mereka akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini dari masa ke semasa kerana siasatan untuk mengetahui punca sebenar masih sedang dijalankan.

3. Isu keselamatan pekerja dan tempat kerja sememangnya perlu sentiasa diutamakan dan saya ucapkan terima kasih kepada PETRONAS yang telah bertindak pantas dalam pengurusan bencana kemalangan seperti ini.

4. Dalam masa yang sama, saya berharap agar insiden seumpama ini tidak berulang kerana projek mega minyak dan gas seperti ini sememangnya berdepan dengan pelbagai risiko kemalangan. Oleh itu, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor juga perlu menjalankan tanggungjawab bersama dalam hal ehwal impak alam sekitar serta memastikan keselamatan bukan sahaja terhadap pekerja di Kompleks Bersepadu Pengerang malah termasuk juga para penduduk di sekitarnya.

AHLI PARLIMEN PENGERANG
DATO’ SRI AZALINA OTHMAN SAID
12 APRIL 2019


 

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: