Kerajaan U-turn lagi: Projek ECRL kini diteruskan, dakwa jimat RM21.5b, stesen Gombak dihapuskan.

Putrajaya, 12 April : Kerajaan melakukan pusingan-U  buat sekian kali apabila mengumumkan Projek Rangkaian Kereta Api Pantai Timur (ECRL) akan diteruskan tetapi mendakwa ia dilakukan dengan kos yang lebih rendah,

Demikian dinyatakan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini.

Manakala Tun Daim menurut Berita Harian berkata Hentian di Gombak akan dihapuskan dan laluan ECRL bermula dari Kota Bharu-Mentakab-Jelebu-Kuala Kelawang-Bangi/Kajang-Putrajaya sebelum berakhir di Pelabuhan Klang.

Menurut kenyataan PMO, kos projek itu dikurangkan selepas Putrajaya dan Beijing melakukan rundingan selama beberapa bulan.

Kata PMO lagi, kos pembinaan bagi fasa satu dan dua ECRL dikurangkan sebanyak RM21.5 bilion menjadi RM44 bilion manakala mendakwa kos asal untuk projek tersebut ialah sebanyak RM65.5 bilion.

Pengurangan ini pasti memberi manfaat kepada Malaysia dan meringankan beban kewangan negara,” – PMO

Dalam kenyataan itu PMO berkata kerajaan Malaysia mengalu-alukan pemeteraian Perjanjian Tambahan (SA) di antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Co Ltd (CCCC) uang akan membuka jalan kepada penerusan projek ECRL.

Walaubagaimanapun, butiran lanjut mengenai perjanjian yang diperbaiki itu tidak dimaklumkan hari ini, sebaliknya ia akan dilakukan pada sidang media Isnin depan.

“Butiran lanjut mengenai perjanjian yang diperbaiki itu akan dimaklumkan pada sidang media Isnin ini,”  PMO.

56945056_10156999041408592_6102165066004561920_n.jpg

Untuk rekod, bekas menteri kewangan Daim Zainuddin berada di Beijing hari ini dan bertindak mengetuai rundingan bagi pihak Putrajaya.

Kunjungan beliau ke bandar raya itu dibuat menjelang kedatangan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad China hujung bulan ini.

Sumbangan kepada Buletin TTKM. 
Portal Buletin TTKM diwujudkan selepas PRU14 untuk memberikan laporan yang lebih adil, bebas dan kritikal. Bantu kami untuk terus melaporkan dan beroperasi dengan dengan melakukan sumbangan ikhlas ke akaun berikut:
No akaun : 8603355994 (Bank : CIMB Bank)

Projek ECRL pada asalnya merupakan cetusan bekas perdana menteri, Najib Razak yang melakukan upacara pecah tanah untuk projek berkenaan pada Ogos 2017.

Selepas PH membantuk kerajaan pada Mei tahun lalu, kerajaan memberikan kenyataan berbolak-balik mengenai pelaksanaan projek ECRL tersebut. Pada mulanya projek tersebut dibatalkan, kemudian digantung sebelum akhirnya dikaji semula selepas mendakwa  kos pembinaannya terlalu tinggi.

Sebelum ini, pakar ekonomi Jomo Kwame Sundaram berkata Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL)adalah merupakan ‘projek penipuan’ untuk menutup skandal 1MDB dan satu projek yang “memang teruk”

“Penipuan ECRL dan penipuan dua pipeline gas (saluran paip) adalah untuk tutup penipuan 1MDB,” – Jomo

– Buletin TTKM –

Author: TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.