(Video) Kilang Petrokimia Pengerang Meletup, gegaran kuat sehingga Pasir Gudang.

KOTA TINGGI, 12 April: Sebuah kilang petrokimia bagi pembangunan hab industri minyak dan gas penapis di Pengerang, Johor dilaporkan meletup dan terbakar jam 1.25 pagi tadi, menurut laporan Berita Harian.

Menerusi video yang tular di media sosial, letupan itu dipercayai turut menyebabkan gegaran yang dirasai sehingga ke Pasir Gudang.

https://twitter.com/i/status/1116511569804849153

Di media sosial, beberapa netizen melaporkan gegaran yang kuat dirasai sehingga ke Pasir Gudang serta terdapat  tingkap kaca rumah berdekatan yang turut pecah akibat dari kesan letupan yang kuat itu.

Walau bagaimanapun, tinjauan di kawasan itu pagi ini mendapati api sudah dipadamkan.

Sementara itu Petronas dalam kenyataan mengesahkan berlaku letupan dan kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang jam 1.25 pagi tadi.

“Pasukan kecemasan dan kebakaran kami dikerahkan ke lokasi kejadian dan api dapat dipadamkan dalam 30 minit kemudian.

“Ketika ini situasi dalam keadaan terkawal dan pihak berkuasa sudah pun dimaklumkan mengenai kejadian itu.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan maklumat lanjut akan disalurkan kemudian,” 

-Kenyataan Kumpulan Komunikasi Strategik Petronas

Sementara itu, dua pengawal keselamatan cedera susulan insiden letupan itu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ahsmon Bajah, berkata kedua-dua mangsa berusia 28 dan 30 tahun yang juga warga tempatan dirawat sebagai pesakit luar di Pusat Kecemasan Perubatan RAPID Pengerang.

“Pihak polis mengesahkan laporan kejadian diterima pada jam 1.25 pagi tadi.

“Insiden kebakaran kecil berlaku di satu lot tapak projek.

“Pasukan Tindak Kecemasan (ERT) PETRONAS RAPID Pengerang diaktifkan ke lokasi kejadian membabitkan lima kenderaan pasukan itu dengan kekuatan 30 anggota yang dapat memadam dan mengawal kebakaran sepenuhnya pada jam 2.15 pagi.

“Disahkan setakat ini hanya dua mangsa warga tempatan yang mengalami kecederaan dan dirawat sebagai pesakit luar di Pusat Kecemasan Perubatan RAPID Pengerang,” – Superintenden Ahsmon Bajah

-Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version