Kalah PRK Rantau: Anwar ingatkan pimpinan PH beri perhatian kepada isu ekonomi dan sara hidup

Gambar dari TMI.

Rantau, 13 April : Bakal perdana menteri ke 8 merangkap presiden PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Bang Non berkata beliau  menerima kekalahan Pakatan Harapan pada pilihanraya kecil DUN Rantau.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Mohamad Hasan, Bang Non berkata kekalahan ini merupakan peringatan kepada pimpinan PH untuk terus memberi perhatian yang sewajarnya terhadap kebimbangan rakyat berhubung isu ekonomi dan kos sara hidup.

Walau bagaimanapun, beliau optimis bahawa PH akan kembali bangkit mendapat sokongan rakyat selepas  PRK ini.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dinaikkan di laman facebooknya.

Kenyataan penuh:

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau ini merupakan keputusan rakyat.

Pakatan Harapan (PH) dan KEADILAN menghormati keputusan tersebut dan mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Mohamad Hasan.

Kekalahan ini merupakan peringatan kepada pimpinan PH untuk terus memberi perhatian yang sewajarnya terhadap kebimbangan rakyat berhubung isu ekonomi dan kos sara hidup.

Saya melahirkan keyakinan PH akan kembali bangkit mendapat sokongan rakyat selepas ini.

Terima kasih juga kepada jentera KEADILAN serta parti komponen PH yang lain kerana berjaya menunjukkan kematangan dan contoh baik ketika sesi kempen. –ANWAR IBRAHIM

 

Pakatan Harapan mengalami kekalahan memalukan di PRK Rantau sebentar tadi apabila hanya memenangi satu pusat daerah mengundi manakala selebihnya disapu oleh Barisan Nasional.

13 pusat daerah mengundi yang dimenangi BN pada pilihanraya kecil ini termasuklah Pekan Sagga yang mempunyai peratusan pengundi India tertinggi  (63.7%) dan Limsum yang mempunyai peratusan pengundi India kedua tertinggi (48.3%) di Rantau.

Manakala di kawasan majoriti Melayu, BN menang besar termasuk di Kampung Bemban (91% melayu), Kampung Sega (86.1% melayu) dan Kampung Sendayan (80.3% undi).

Bang Non ‘berkampung’ di Rantau sempena pilihanraya kecil itu dengan memberikan komitmen yang sangat tinggi ketika waktu berkempen.

Beliau yang juga merupakan ahli parlimen Port Dickson turut memancing pengundi India dengan melakukan tarian MGR pada slot ‘Malam Kebudayaan India’ di sekitar Rantau. -Buletin TTKM-

 

 

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.