Keputusan tersebut menyaksikan calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Dr. S. Streram dengan majoriti besar 4,510 undi selepas doktor pakar bius itu memperoleh 5,887 undi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau, Mohd. Nizam Tajul Arus mengumumkan keputusan tersebut kira-kira pukul 8.45 malam di pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan di sini hari ini.

Dalam pada itu, dua calon Bebas yang turut bertanding, R. Malarvizhi mendapat 83 undi, manakala Mohd. Nor Yassin mendapat 79 undi.