Tak Rasmi : Tok Mat kekalkan kemenangan di Rantau, BN peroleh hatrik.

Kemaskini terakhir pada 7:37 pm

Rantau, 13 April:  Mohamad Hasan telah memenangi DUN Rantau menurut kiraan tak rasmi oleh Malaysiakini, yang kini mendahului dengan selesa lebih 4000 undi.

Ini bermakna BN memperoleh hatrik dengan tiga kemenangan berturut-turut pada PRK Cameron Highland, Semenyih dan Rantau.

Setakat jam 7:05 malam, Tok Mat telah melepasi had minimum (8266 undi)  jumlah undi untuk mencapai kemenangan.

tok mat
Grafik Malaysiakini

Beliau kini telah mendapat 9722 undi berbanding Dr Streram yang cuma mendapat 4642 undi.

Manakala calon bebas, R Malar mendapat 68 undi dan Mohd Nor Yasin 66 undi.

Sementara itu, BN turut merampas pusat menundi Pekan Sagga dari Harapan.

Pekan Sagga yang mempunyai pengundi India paling tinggi di Rantau pada dengan 63.7 %, Melayu 19.5% dan Cina 16.8%.

Tok Mat memperoleh 56.67% undi berbanding Dr Streram yang mendapat 42.7 % undi.

Pada PRU14 lepas, PH memenangi pekan tersebut dengan 51.98 % undi manakala BN mendapat 44.23% undi dan PAS pada 3.78% undi di peringkat parlimen.

Sementara itu, undi awal (polis, tentera dan pekerja SPR) menunjukkan Barisan Nasional menang di kesemua daerah mengundi dengan majoriti selesa.

Penyokong BN turut kelihatan bersorak dan menyanyi lagu “terima kasih, Tok Mat menang”

Berita lanjut menyusul. -Buletin TTKM-

 

Author: TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.