(video) PRK Rantau: Selepas kalah teruk, ahli PKR bertumbuk sama sendiri.

(Scroll di bawah untuk video)

Menurut laporan Malaysiakini, situasi tegang berlaku apabila ahli PKR dari Kuala Lumpur menyalahkan ahli parti dari kalangan penduduk tempatan susulan keputusan yang tidak memihak kepada calon mereka, Dr S Streram.

Susulan itu, berlaku jerit-menjerit menggunakan kata-kata kesat.

Dalam beberapa minit, situasi kemudian bertukar menjadi pergelutan dan tumbuk menumbuk.

Wartawan Kini TV Daniel Anthony yang berada di bilik gerakan utama diarah berhenti membuat rakaman pergaduhan itu, sementara telefon bimbitnya dirampas oleh individu yang berada di situ.

Polis ketika ini sedang berada di tempat kejadian.  -Buletin TTKM-

Video ehsan KiniTV:

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.