PERMATA dijenamakan semula dengan nama baharu; ‘Genius’.

NILAI, 15 April: Program Permata Negara (PERMATA) dijenamakan semula dengan diberi nama baharu, iaitu Genius, kata Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Kata beliau seperti yang dipetik Berita Harian, Kabinet membuat keputusan itu untuk menjadikannya lebih berdaya saing dan bersemangat tinggi.

“Walaupun fungsi dan peranannya sama, ada beberapa program di bawahnya akan dipertingkatkan dari segi kualiti.

“Kabinet membuat keputusan ini untuk penjenamaan semula supaya ia lebih berdaya saing dan bersemangat tinggi,”  – Dr Maszlee Malik.

 Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Intervensi Murid Sekolah Tahfiz Swasta di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Cempaka, di sini, hari ini.

Untuk rekod, Permata Negara merupakan projek perintis yang dicetuskan oleh penggerak utamanya iaitu isteri bekas perdana menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor bersama beberapa kumpulan profesional, pendidik, ahli akademik, pakar perubatan, pegawai polispeguam, pegawai-pegawai kerajaan bagi membincangkan tentang permasalahan remaja kini yang membimbangkan.

Ia mengandungi lima program utama yang terdiri daripada Permata Negara, Permata Pintar, Permata Seni, Permata Insan, Perkasa Remaja, dan Permata Kurnia.

Penjenamaan program Permata kepada Genius dilihat sesetengah pihak sebagai usaha kerajaan untuk memadamkan legasi Datin Seri Rosmah.

Rosmah ketika ini sedang berhadapan dengan 21 pertuduhan di mahkamah. – Buletin TTKM-

Author: TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.