Ringkasan Sidang Media ECRL Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.

Ringkasan Sidang Media ECRL – Tun M.

Oleh : Khairul Azril
1. ECRL akan memberi stimulus kepada perkembangan ekonomi di Pantai Timur Malaysia.

2. ECRL yang akan merangkumi perkhidmatan penumpang dan fret, diharap akan membuka peluang pelaburan sepanjangan koridor jaluran rel dan juga memberi penambahan peluan perkerjaan secara signifikan.

3. Pada 12 April 2019 , MRL dan CCCC telah menandatangani satu perjanjian suplimen menubuhkan sebuah syarikat kerjasama untuk menguruskan operasi dan penyelengaraan ERCL.

4. Melalui perjanjian suplimen yang baru juga, kontrak “engineering, procurement, construction and commissioning” (EPCC) ECRL -merangkumi Fasa 1 dan Fasa 2 ECRL yang telah dihentikan sebelum ini akan disambung semula.

5. Sebuah persetujuan telah dicapai di mana, kos pembinaan ECRL akan dikurangkan dariapda RM65.5 Bilion kepada RM44 Billion iaitu pada kos RM68.7 juta/KM berbanding dengan RM95.5 juta/KM.

Ini akan menjimatkan kos ECRL sebanyak RM21.5 Bilion iaitu pada 32.5% keseluruhan kos sebelum ini.

6. Aspek Teknikal:
– Standard Gauge dan Double tracking dikekalkan.
– Jajaran melibatkan jarak sepanjang 640KM termasuk ‘spur line’
– 20 stesen merentasi 5 negeri dan Putrajaya berbanding hanya 4 negeri sebelum ini.
– Akan ada ‘Southern Alligment’ terus dari Kuantan Port – Port Klang.
– KTM dan ETS akan dihubungkan dengan ECRL di stesen ECRL Bangi-Kajang
– ECRL akan elak laluan Klang Gates Quartz Ridge di Gombak Selangor demi menjaga tapak bernilai tersebut.

– Tarikh siap ECRL dibawa ke depan ke 31/12/2026 dari 30/6/2024 sebelum ini.

7. Operasi dan penyelengaraan ECRL akan dibahagikan kepada 50/50 JV di antara MRL dan CCCC di mana CCCC akan menyrdiakan sokongan teknikal dan juga perkongsian risiko bersama MRL.

8. Partipasi kontraktor tempatan akan dinaikkan kepada 40% dari 30% perjanjian awal.

9. Sebahagian daripada bayaran pendahuluan awal akan dipulangkan semula oleh CCCC kepada MRL sebanyak RM3.1 Bilion berdasarkan pejanjian baru ini.

10. Berdasarkan kos ECRL yang dapat dijimatkan, kerajaan menjangkakan bahawa pinjaman dari EXIM bank juga akan dikurangkan dan kadar bayaran faedah juga akan berkurang namun masih diperbincangkan.

11. Kerajaan berterima kasih dengan kerajaan China kerana sudi berunding semula untuk kos ECRL yang lebih rendah melalui ketua perunding Tun Daim.

Sumber: https://www.facebook.com/nstonline/videos/277559933181100

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.