“Asyik salahkan DAP, orang Melayu bodoh!” – kata laman FB pro PH, Otai Bersih.

*Orang Melayu tidak berpandangan jauh. Orang Melayu bodoh.*

Oleh : Otai Bersih.

PH baru satu tahun orang Melayu dah tak suka walau pun PH cuba membawa perubahan kembali ke landasan yang betul. (Umpamanya tidak melakukan manipulasi akaun, tender terbuka dan tidak membazir).

Orang Melayu rela ditipu oleh UMNO selama 63 tahun dan selama-lamanya asalkan UMNO memberi subsidi, BR1M walau pun negara tidak mampu dan terpaksa berhutang.

Orang Melayu rela mengizinkan pemimpin UMNO songlap duit TH, FELDA, EPF dan lain-lain asalkan dapat BR1M.

Pemimpin UMNO kaya raya dengan duit yang diseleweng, orang Melayu umpama peminta sedekah mengharapkan ihsan dan bantuan. (Orang Cina dan India rela usaha sendiri).

Untuk “merasuah” orang Melayu dengan BR1M dan berbagai subsidi sedangkan negara tidak mampu, BN terpaksa berhutang.

Siapakah mangsanya yang menanggung hutang ini? Jawabnya anak cucu kita yang menanggung beban. Itupun sekiranya Malaysia masih tidak muflis lagi seperti Venezuela.

(Bacalah di internet, kenapa Venezuela hancur? Puncanya kerajaan Hugo Chavez memanjakan rakyat dengan wang hasil minyak. Bila harga minyak turun, kerajaan tidak mampu lagi memberi wang kepada rakyat).

Perkara serupa akan berlaku di Malaysia sekiranya kerajaan BN mengamalkan polisi “berhutang untuk rasuah rakyat”. Orang Melayu tidak sedar yang Malaysia bernasib baik dapat tukar kerajaan baru dan menyekat kemusnahan dari terjadi. (Malangnya hanya satu penggal?)

Malangnya orang Melayu tidak boleh faham hakikat apa yang saya tulis ini kerana orang Melayu berfikiran ‘simplistic’. (simplistic pun orang Melayu tak faham).

Mungkin perkataan yang mudah difahami ialah perkataan ‘BODOH’. Orang Melayu bodoh. Ini mereka boleh faham. Malangnya orang Melayu tidak sedar mereka itu bodoh dan mungkin sangat marah bila dikatakan “Melayu BODOH”.

Maka orang Melayu jangan salahkan BN/UMNO kelak (sekiranya PH hanya satu penggal) sekiranya negara ini hancur dan tergadai kerana berhutang, orang Melayu kena salahkan diri sendiri.

Malangnya orang Melayu tidak mahu mengaku salah, sebaliknya mereka akan sentiasa salahkan DAP.

Alangkah BODOHnya orang Melayu..!!


Artikel di atas dinaikkan di laman facebook pro Pakatan Harapan, Otai Bersih yang mempunyai 400k pengikut. Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM – Editor

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.