Isteri Mat Sabu rasmikan kapal TLDM di China.

Gambar dari Air Times

WUHAN, 16 April – Isteri kepada Mohamad Sabu, Menteri Pertahanan iaitu Puan Hajjah Normah binti Alwi, telah merasmikan Kapal Misi Pesisir (Littoral Mission Ship, LMS) yang pertama  Tentera Laut Diraja Malaysia, dengan menamakan kapal tersebut sebagai Keris.

Puan Hajjah Normah memotong reben tanda merasmikan kapal TLDM, Keris. Gambar dari Air Times.

“Saya dengan sukacitanya menamakan kapal ini Keris dan melancarkannya. Semoga Allah melindungi dan merahmati semua yang berlayar bersamanya. Amin.”  – Puan Hajjah Normah binti Alwi

 

Upacara perasmian dilancarkan di Shuangliu Manufacturer Base, Wuchang Shipbuilding Industrial Group dekat Wuhan, China semalam, menurut portal pertahanan, Air Times. 

Sesi bergambar dengan berlatar belakangkan kapal Keris.

Turut menghadiri upacara itu adalah Panglima Tentera Laut (PTL), Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany, Pengarah Boustead Heavy Industry Corporation (BHIC), Laksamana Tan Sri Ramlan Mohamed Ali (Bersara), pihak pengurusan China Shipbuilding Industry Corporation (CSIC) serta China Shipbuilding & Offshore International Co Ltd (CSOC).

Pandangan sisi kapal Keris.

KERIS, kapal LMS bernombor pennant 111 bakal menjalani pelbagai ujian penerimaan di pelabuhan dan di laut sebelum diserahkan secara rasmi kepada TLDM pada Disember 2019.

“Nama KERIS telah dipilih bersempena dengan nama Kapal Ronda (Patrol Craft) Kelas KRIS yang telah dilucut tauliah pada 1 Ogos 2005.

“Penggunaan nama KERIS yang merupakan senjata tradisional Melayu, melambangkan simbol semangat kepahlawanan, perjuangan, keberanian dan kekuatan dalam menentang serta menangkis serangan musuh.

“Semangat ini bakal dimiliki oleh bakal kru LMS yang akan memulakan latihan di Shanghai tidak lama lagi,”  – Kenyataan TLDM.

Sementara itu, TLDM turut menjelaskan tradisi tentera laut di mana isteri kepada orang kenamaan negara akan diberi penghormatan untuk melancarkan kapal baharu yang bakal menyertai armada TLDM.

“Wanita yang melancarkan kapal ini digelar ‘Lady Sponsor’ dan akan terpahat sebagai sebahagian coretan sejarah kapal ini,”  – Kenyataan TLDM.

Buletin TTKM mendapati isteri orang kenamaan yang merasmikan kapal TLDM sebelum ini antaranya adalah Datin Seri Rosmah Mansur.- Buletin TTKM-

Datin Seri Rosmah merasmikan kapal selam Scorpene dengan memecahkan botol dan menamakannya KD Tunku Abdul Rahman. Foto dari Malaysiandefense.com

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version