Mon. Oct 21st, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Masalah PH tunai manifesto: “Wang tiada, kena curi!” – PM

2 min read

Cyberjaya, 16 April : Kerajaan Pakatan Harapan berdepan masalah untuk menunaikan janji pilihanraya seperti yang termaktub di dalam manifestonya adalah disebabkan “tiada wang kerana dicuri”.

Demikian kata perdana menteri, Tun Dr Mahathir sebagai mengulas kenyataan Tun Daim Zainuddin baru-baru ini yang berkata kerajaan PH dijangka akan melaksanakan janji-janji pilihanraya dalam masa 6 bulan, seperti yang dipetik The Sun Daily. 

“Kita tidak ada wang. Wangnya telah dicuri. Itulah masalah kita. Kamu mahu melakukan apa-apa pun… wangnya tidak ada”  – Tun Dr Mahathir.

Semalam Tun Daim berkata rakyat akan kembali menyokong kerajaan sebaik sahaja janji pilihanraya ditunaikan, terutamanya dalam memberikan perhatian kepada ekonomi ketika mengulas kekalahan Pakatan Harapan pada pilihanraya kecil Rantau.

“Beri enam bulan untuk kerajaan buktikan kemampuan mereka. Rakyat bukan susah (untuk terima). Kalau tak boleh buat, beritahu tak boleh buat, mesti ada sebab.

“Sebaik sahaja kerajaan dapat laksanakan janji-janji mereka (manifesto), ia akan dapat meyakinkan rakyat.” – Tun Daim

Timbalan presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, 63, mengekalkan kemenangan di dun Rantau dengan memperoleh majoriti 4050 undi sekaligus melengkapkan kemenangan hatrik BN yang sebelum itu menang di PRK Cameron Highland dan Semenyih.

Pakatan Harapan mengalami kekalahan memalukan apabila hanya memenangi satu pusat daerah mengundi berbanding BN yang memenangi 13 pusat daerah mengundi.

Sebelum ini Tun Dr Mahathir berkata manifesto bukanlah kitab suci , sebaliknya ia hanyalah sebagai panduan.

“Tapi atas sebab tertentu, kita tidak dapat patuhi manifesto. Kita perlu ingat, manifesto bukan kitab suci, ia hanya panduan. Kadang-kadang kita boleh laksanakan sesuatu perkara, kadang-kadang tidak boleh, jadi kita perlu berfikiran praktikal” – Tun Dr Mahathir.

-Buletin TTKM-

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: