Pegawai Syed Saddiq sifatkan kejayaan Tun teruskan ECRL sebagai “KANCILIAN GEOPOLITICS”

Wan Ahmad Fayshal di dalam satu forum TV Al-Hijrah.

Kuala Lumpur, 17 April: Pegawai tugas-tugas khas Syed Saddiq, Wan Ahmad Fayshal menyifatkan kejayaan perdana menteri Tun Dr Mahathir dalam rundingan semula projek ECRL dengan China sebagai “Kancilian geopolitics”.

Beliau yang juga  Timbalan Pengerusi Biro Hal Ehwal Antarabangsa Armada, Parti Pribumi Bersatu Malaysia, berkata  “KANCILIAN GEOPOLITICS”  yang di bawa oleh Tun Dr Mahathir itu ada kesan domino kepada negara lain yang mahu mengadakan rundingan dengan China.

“Berita kejayaan Tun M dan Tun Daim dalam rundingan semula projek ECRL yang pada asalnya membawa kesan jerat hutang kini mendapat liputan meluas oleh media Antarabangsa. Ini kerana tidak pernah lagi negara kecil dan sederhana mampu menawarkan model “kowtow” yang menguntungkan mereka kerana acap kali semuanya berat sebelah kepada China.

Maka kini Malaysia sekali lagi memberi tunjuk ajar dan contoh kepada negara-negara kecil di Afrika, Timur Tengah dan Asia Tengah untuk berfikir secara kritis dan kreatif bagaimana untuk mengurua diplomasi politik ekonomi One Belt One Road China yang bebas daripada jerat hutang dan sekaligus membawa manfaat kepada kedua-dua buah negara.” – Wan Ahmad Fayshal 

Selain itu, Wan Ahmad Fayshal turut mendakwa beliau diberitahu oleh Tun Daim bahawa  China mempunyai tabiat menekan negara kecil melalui pelbagai cara halus sambil menambah bahawa model rundingan ‘Kancilian” Tun Dr Mahathir ini membuka ruang untuk perhubungan dua hala yang lebih adil.

Untuk rekod, bakal perdana menteri ke-8, Datuk Seri Anwar pernah  mendakwa Tun Daim sebagai orang paling korup di Malaysia:

Wan Ahmad Fayshal mendakwa  diberitahu oleh Tun Daim  bahawa China mempunya tabiat menekan negara kecil melalui cara halus. Gambar Tun Daim dari Berita Harian. 

“China memang ada “habit” untuk tekan negara kecil melalui pelbagai cara halus (Tun Daim yang punya banyak pelaburan di Afrika pernah berkongsi dengan kami tentang modus operandi ini) khususnya negara yang pemimpinnya ada masalah integriti.” – Wan Ahmad Fayshal

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran yang dinaikkan di akaun facebooknya semalam:

Terma ‘kancilian’ yang pertama kali diperkenalkan oleh Wan Ahmad Fayshal itu berasal dari perkataan ‘kancil’ merupakan sejenis haiwan yang popular di nusantara pada hikayat-hikayat lama melalui watak “Sang Kancil”.  Antaranya, hikayat “Sang Kancil dan Sang Buaya” yang mengisahkan tentang kecerdikan Sang Kancil memperdayakan sekumpulan buaya untuk menyeberangi sungai untuk menikmati buah rambutan yang sedang masak ranum. -Buletin TTKM-

Animasi popular terbitan Filem Negara Malaysia mengenai hikayat Sang Kancil dan Buaya.:

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.