Bekas cybertrooper Umno, Ratu Naga dakwa TTKM adalah cybertrooper baru Najib

Kuala Lumpur, 17 April : Ketua Penerangan Wanita Pusat PKR, Syarul Ema Rena atau lebih dikenali sebagai Ratu Naga mendakwa laman facebook TTKM (Tentera Troll Kebangsaan Malaysia) merupakan cyber trooper baru Najib Razak yang menyokong bekas perdana menteri itu kerana duit.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran yang dinaikkan di akaun facebooknya hari ini.

Penyokong najib ada Haiza je. Mykemut and caitro BN lain semua hilang lepas tak di bayar. So now TTKM salah seorang and few agensi perunding imej jadi caitro baru Najib. Patut Najib kata caitro BN dulu menghabiskan beras je. Sokong kerana duit adalah racun akhlak. –  Syarul Ema Rena

Kami menghubungi admin laman facebook TTKM bagi mendapatkan respon di atas tuduhan Ratu Naga tersebut.

Menurut admin TTKM, dakwaan Ratu Naga itu adalah fitnah sama sekali.

“Tuduhan Ratu Naga itu adalah fitnah sama sekali. Kami di TTKM semuanya ada profesyen sendiri dari pelbagai latar belakang dan tidak memerlukan dana dari individu atau parti politik. Yang sebenarnya kerja untuk duit sebagai cybertrooper itu adalah Ratu Naga yang sebelum ini cybertrooper UMNO, tetapi kini melompat ke PKR dengan menjenamakan semula profesionnya sebagai “ketua penerangan wanita PKR”. Takkanlah jadi ketua penerangan tak ada gaji kan?” – Admin TTKM

Syarul Ema Rena dilantik sebagai Ketua Penerangan Wanita Pusat PKR tahun lalu untuk sesi 2018-2021.

48275166_1824568701005264_6899171809137000448_n.jpg

Sebelum ini, Ratu Naga merupakan cybertrooper UMNO dan sering melakukan berita palsu membantu kempen Barisan Nasional ketika PRU 13.

Beliau menyertai PKR pada 2017 dengan menyerahkan borang keahliannya kepada Ketua Wanita PKR ketika itu, YB Zuraida Kamaruddin.  – Buletin TTKM-

ratubadak.png
RAtu Naga menyerahkan borang keahlian kepada YB Zuraida.

 

2 Comments

  1. Sharul tu maknanya kejahatan kan….?


Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.