“iM4U dijenamakan semula sebagai Impact Malaysia” – Syed Saddiq

Puchong, 19 April: Lagi penjenamaan semula, kali ini melibatkan kementerian belia dan sukan.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan 1Malaysia for Youth (iM4U) dijenamakan semula sebagai Impact Malaysia.

Bagaimanapun, katanya, ia bukan hanya melibatkan nama.

“Saya nak tekankan di sini, saya secara peribadi tak suka kita hanya menjenamakan sesuatu tanpa ada penambahbaikan atau impak yang baru.

“Sebab itu kalau kita lihat Impact Malaysia ini bukan pengisian lama, ia sama sekali berbeza,” -Syed Saddiq

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Pelancaran Impact Malaysia di Puchong, hari ini, lapor Malaysiakini.

Katanya bukan semua program era lama akan dijenamakan semula seperti Fit Malaysia, Rakan Muda, Parlimen Belia dan Perdana Fellowship.

Kementerian Belia dan Sukan memperuntukkan RM10 juta kepada Impak Malaysia bagi mencapai matlamat ke arah pembangunan belia dan inovasi sosial.

Bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH), beberapa program era BN telah dijenamakan semula dengan nama baru.

Antaranya termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ditukar kepada Bantuan Sara Hidup (BSH), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menjadi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) menjadi Pusat Komuniti Desa (PKD) .

Terbaru, program Permata Negara (Permata) yang diilhamkan oleh datin Seri Rosmah sebelum ini telah dijenamakan semula sebagai Genius.

Langkah kerajaan baru Pakatan Harapan menjenamakan semula program-program yang dimulakan oleh kerajaan BN itu menjadi bahan jenaka oleh netizen di media sosial. -Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.