‘Proses Pemutihan’ dalam perkhidmatan awam diteruskan – Timb Menteri

KUALA LUMPUR 19 April : Kerajaan akan meneruskan ‘proses pemutihan’ dalam perkhidmatan awam, dedah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Ong Kian Ming kerana ada ramai penjawat awam yang lebih berpihak kepada kerajaan BN yang lalu.

Astro Awani memetiknya sebagai berkata walaupun beliau tidak berhadapan dengan masalah untuk bekerjasama dengan kakitangan di MITI, kementerian lain masih berdepan kesukaran.

“Saya tidak nafikan kementerian lain seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia memang ada cabaran yang lebih berat kerana ada ramai orang yang lebih berpihak kepada kerajaan lalu dan kita kita masih buat cleaning up process (proses pembersihan),” – Ong Kian Ming

Beliau yang juga ahli parlimen DAP Bangi dan strategis pilihan raya DAP itu juga mengakui jentera parti PH lemah sejak parti  itu berjaya tubuh kerajaan tahun lalu kerana orang kuat parti telah menjadi pegawai kerajaan dengan menyertai pentadbiran kerajaan baru.

“Ramai mereka sudah sertai (pentadbiran) kerajaan, jadi jentera parti itu sudah sedikit lemah,”  – Ong Kian Ming

Keadaan berkenaan juga diburukkan dengan kesibukan tugas menteri dan timbalan menteri sehingga mereka tidak dapat untuk selalu bersama rakyat bagi menjelaskan dasar terbaharu kerajaan.

Ong Kian Ming berkata demikian Astro AWANI menerusi program Agenda AWANI pada Rabu lalu.

Buletin TTKM mendapati kenyataan Ong Kian Ming  yang mahu melakukan ‘proses pemutihan’ ini bertentangan dengan kenyataan Tun Dr Mahathir pada tahun lepas.

Sebulan selepas PH membentuk kerajaan,  perdana menteri Tun Dr Mahathir cuma menggesa supaya penjawat awam setia kepada kerajaan baru.

“Kami dapati ramai penjawat awam yang terlibat dalam kempen Barisan Nasional. Ini tidak betul. Sebagai penjawat awam, mereka harus bersikap neutral dan berkhidmat untuk kerajaan sedia ada,” Dr Mahathir.

Malah, ketika ditanya apa tindakan yang akan diambil terhadap golongan ini, Dr Mahathir berkata Kerajaan tidak ingin menghukum sewenang-wenangnya dan hanya berharap mereka kembali menjadi neutral.

“Kami berharap mereka boleh kembali neutral agar perjalanan pentadbiran Kerajaan kini dapat diteruskan dengan baik,” Dr Mahathir.

Sebelum PRU ke 14 lalu, Pemuda Pakatan Harapan (PH) berikrar mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan buat anak muda dan menetapkan gaji minimum RM2,500 jika gabungan pembangkang itu berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

-Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.